saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/01/1999

Norhaida tidak tumpang Senario


NORHAIDA


Penyanyi itu menganggap kemunculannya sebagai pengenalan diri kepada peminat muzik.

Namun, Norhaida menyedari kemunculannya dibantu oleh kumpulan Senario.

Justeru kerana mahu mengikis anggapan menumpang populariti kumpulan tersebut, penyanyi itu bertekad mencuba secara solo. Dia mahu dikenali dengan bakat yang dimilikinya.

Norhaida bukan asing dalam dunia hiburan kerana sebelum ini dia adalah naib juara pertandingan Golden Teen Search pada tahun 1996 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi Liza Hanim dan Asha Malik yang kini telah menghasilkan dua buah album masing-masing.

Menurut Norhaida, selepas kemenangan itu, dia mendapat tawaran beberapa pihak untuk merakamkan album, namun dia menolak kerana masih belum bersedia.

''Pada masa itu, saya baru berusia 15 tahun dan baru menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan saya tidak mahu aktiviti seni mengganggu pelajaran,'' katanya.

Kini, setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia, Norhaida bersedia menumpukan perhatian pada bidang seni suara.

Norhaida baru muncul dengan album sulung berjudul Abadi di bawah label Nada Records dan dipasarkan oleh syarikat Ambang Klasik Sdn. Bhd.

''Sememangnya saya amat meminati bidang nyanyian sejak kecil, malah sering mengikuti bapa saudara yang memiliki studio latihan dan peralatan muzik,'' katanya.

Norhaida juga memandang jauh untuk masa depannya. Dia kini sedang belajar permainan keyboard untuk memahirkan dirinya dalam selok-belok muzik.

''Dengan mempunyai kemahiran bermain keyboard, saya akan tahu kesilapan saya ketika mendendangkan sesebuah lagu,'' katanya lagi.

Dari situ, dia dapat meningkatkan prestasinya, ujar Norhaida lagi. Menurut penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor ini lagi, dia mula belajar bermain muzik sejak September lalu de-ngan seorang guru muzik peribadi.

Dia juga bukan mengejar populariti dalam jangka masa singkat kerana sebagai seorang penyanyi baru, dia memikirkan masa untuknya mencipta kejayaan masih panjang.

Malah, lenggok aslinya dalam lagu Joget Usik Mengusik membuatkan ada pihak yang mengatakan suaranya mirip seorang penyanyi popular lain.

''Saya tidak pernah cuba meniru penyanyi lain mungkin persamaan itu secara kebetulan kerana melodi lagu itu,'' ujar Norhaida.

Norhaida juga menyedari sebagai penyanyi baru, dia harus bersaing dengan penyanyi baru lain dan juga penyanyi popular sedia ada.

Namun, minatnya pada bidang tersebut membuatkan dia bersiap sedia untuk bersaing kerana peminat kini pandai menilai seseorang penyanyi.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.