saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/01/1999

Nouri popular dalam sekelip mata

Menurut Nouri, walaupun album yang bertajuk Nouri itu di pasaran ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan tetapi ia turut diberi perhatian oleh peminat walaupun terpaksa bersaing dengan album-album hari raya yang lain.

''Walaupun saya adalah nama baru dalam bidang nyanyian tetapi amat berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan,'' ujarnya.

Menurut penyanyi ini, dia agak terkejut kerana tidak menyangka peminat menghargai kemunculannya dalam waktu yang begitu cepat. Nouri berharap agar perkara ini akan berterusan dan akan memberikan yang terbaik dalam kariernya sebagai penyanyi.

Nouri merupakan artis syarikat Idola Music Network kepunyaan Johari Teh dan albumnya diedarkan oleh Universal Music.

Memandangkan ketika ini bulan Ramadan, Nouri mengurangkan aktiviti seninya. Bagaimanapun, dia tidak ketinggalan muncul dalam beberapa sesi promosi yang dijalankan bersama artis-artis Universal Music yang lain di kompleks-kompleks membeli-belah.

''Walaupun saya tidak dapat mempromosikan album sepenuhnya tetapi syarikat akan menyambung promosi tersebut selepas hari raya nanti.'' katanya.

Lagu berjudul Sepenuh Jiwa ciptaan Johari Teh merupakan salah satu lagu yang semakin mendapat tempat pada masa ini. Selain lagu itu, Nouri berusaha memperkenalkan lagu-lagu lain yang terdapat dalam album tersebut.

''Selepas hari raya, kami akan cuba mengetengahkan sebuah lagi lagu iaitu Hadirmu Yang Terakhir. Saya rasa promosi seumpama ini perlu agar semua lagu dalam album itu mendapat peluang yang sama,'' jelas Nouri.

Menyentuh tentang program hari raya, Nouri juga tidak ketinggalan mendapat undangan dari setsen radio dan televisyen.

Dia banyak membuat rakaman program raya untuk siaran radio dan juga akan muncul secara langusung dalam rancangan Sampaikan di TV3 pada malam raya.

''Insya-Allah ia merupakan pengalaman pertama muncul di kaca televisyen pada malam raya tetapi itu adalah detik yang menyeronokkan. Barangkali selepas program itu nanti, barulah saya pulang ke kampung halaman di Melaka,'' ujar Nouri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.