saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 09/01/1999

Seni Islam penghayatan menerusi khat


SEBAHAGIAN artis yang mengambil bahagian pada pameran seni khat tempatan yang berlangsung di Kuala Lumpur sehingga 16 Januari ini.


Di alam Melayu, kedatangan Islam sejak abad ke-13 telah membuka era baru dalam perkembangan seni khat yang bersumberkan tulisan-tulisan dari al-Quran tersebut dari aspek kedudukan, penerimaan masyarakat dan fungsinya.

Perkembangan Islam telah meletakan tulisan-tulisan khat ini menjadi salah satu elemen penting untuk merakamkan ayat suci, doa-doa, hadis dan sebagainya pada batu, ukiran kayu dan sebagainya di masjid serta rumah-rumah ibadat Islam.

Tidak ketinggalan ukiran ayat suci dan seni khat ini juga menjadi salah satu ciri elemen penting yang menghiasi dinding-dinding istana sultan dan tempat-tempat kediaman pembesar-pembesar Melayu.

Di alam Melayu, kedatangan Islam telah membawa pelbagai jenis khat yang terus hidup dan berkembang sebagai elemen seni Islam sehingga kini. Antaranya Kufi, Thuluth, Nasakh, Dewani, Farisi, Ta'liq dan sebagainya.

Malah, huruf-huruf khat ini juga menjadi tulisan di dalam manuskrip-manuskrip Melayu yang bertulisan Jawi, terutama abad-abad awal sejak kedatangan Islam hingga abad ke-18 (pra-kolonial).

Namun, apa yang penting, perkembangan seni di alam Melayu, khususnya di negara ini, membuka nuansa baru kepada seluruh khalayak tentang nilai-nilai estetika dan artistik huruf-huruf al-Quran yang merupakan sumber kesenian Islam.

Untuk meneruskan tradisi seni Islam ini, Galeri Pelita Hati dengan kerjasama Hotel Istana menganjurkan pameran seni khat tempatan di Hotel Istana, Kuala Lumpur sehingga 16 Januari depan.

Sekitar 50 karya seni khat dalam pelbagai konsep dan aliran dari tradisional hingga kotemporari oleh lebih 20 artis dipamerkan. Karya-karya ini termasuklah akrilik pada kanvas, tempaan tembaga, seramik, ukiran kayu dan lain-lain.

Antara artis yang mengambil bahagian pada pameran ini ialah Mohd. Yusof Abu Bakar, Shamsudin Mansor, Idris Abdul Salam, Mahmood Awang, Abu Bakar Idris, Tan Rahim Zahici, Zainurrahman Afandi dan lain-lain.

Menerusi tulisan-tulisan khat yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk oleh artis-artis ini, secara tidak langsung mereka menjadikan Al-Quran bukan hanya sumber ibadah tetapi juga wahana perhiasan.

Tulisan-tulisan dari al-Quran ini juga menjadi tanda pengucapan dan 'kesetiaan' seluruh umat Islam terhadap petunjukNya biarpun perkembangan aksara Barat (huruf-huruf latin) terus melanda negara-negara Islam.

Setidak-tidaknya mereka seni khat menjadi lambang identiti Islam yang terus hidup di dalam jiwa setiap penganutnya dari Afrika Barat hingga ke Malaysia dan seluruh alam Melayu.

Dari perkembangan ini, seni khat juga turut menjadi sebahagian daripada kesenian masyarakat Islam di pelbagai belahan dunia. Misalnya Iran menggunakannya untuk menulis dalam bahasa Parsi, India (Urdu) Turki dan lain-lain.

Dengan ungkapan kalimat suci dalam setiap karya ini, mereka memperlihatkan jiwa seni Islam sentiasa hidup bersama maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik kewujudannya.

Tan Rahim misalnya menyuarakan keagungan Tuhan dan kebesaran kalamNya menerusi karya-karya kanvas. Paparan kalimat suci di atas latar belakang lukisan abstrak memberi makna Islam menjangkau makna yang cukup luas untuk direnungi oleh penganutnya.

Bagi menjelaskan kesucian kalimat yang dipetik dari al-Quran yang digambarkan pada kanvas, beliau menggunakan tulisan berwarna putih sebagai lambang keluhuran dan kebenaran untuk dicernakan oleh setiap penganut Islam.

Begitu juga dengan Shamsudin yang memperlihatkan keindahan ayat-ayat suci sebagai satu karya seni pada karya-karya seramik dengan gaya tradisional dan dekoratif.

Pameran seni khat tempatan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden AIROD (M) Sdn. Bhd., Brigadier General (B) Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

Oleh: AZMAN ISMAIL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.