saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/01/1999

Ning Baizura mengembangkan karier nyanyian

Tahun 1999 semacam membawa seribu harapan kepada penyanyi Ning Baizura untuk melangkah dengan lebih mantap dalam karier nyanyiannya.

Bermula tahun ini, Ning tentunya tidak hanya diingati sebagai penyanyi remaja yang bersuara soprano yang sebelum ini tampil di persada muzik dengan imej nyanyian yang unik tetapi memiliki ruang untuk mengembangkan kariernya.

Pada awal Januari ini, Ning adalah artis pertama yang memasarkan album terbarunya, Pujaanku tahun ini. Dia berharap tahun ini dapat merangkul kejayaan yang lebih besar.

Menurut Ning, tahun ini sebagai tahun untuk mencari rezeki dan menggilap nama menerusi peluang yang ada dalam bidang muzik.

Penyanyi yang merupakan anak didik guru vokal terkemuka, Siti Chairani ini memberitahu, dia telah memperolehi beberapa peluang untuk menempatkan namanya di persada muzik antarabangsa. Ini termasuk mewakili negara dalam festival muzik di Jerman yang turut disertai oleh penyanyi penyanyi terkemuka di dunia pada Mac depan.

Namun sebelum itu, Ning turut dijemput dalam salah satu pelancaran barangan jenama Louis Vuitton di Hong Kong pada Februari ini bersama beberapa artis tempatan yang lain.

Katanya, semasa di Hong Kong kelak, dia akan mengambil peluang dengan mengatur pertemuan dengan pihak penerbit Channel V untuk berbincang kesesuaiannya muncul dalam program hiburan antarabangsa itu.

''Tahun ini saya jadikan sebagai tahun untuk merebut peluang dan mengambil kesempatan untuk membina nama yang lebih kukuh.

''Untuk itu, saya telah mengatur beberapa agenda untuk mencari pendedahan di peringkat antarabangsa,'' beritahu Ning yang berazam untuk bekerja lebih keras pada tahun ini.

Katanya, dia akan memberi peluang untuk mencari kejayaan sehingga tahun 2000. Sekiranya pada waktu itu, dia masih berapa di takuk lama, penyanyi ini akan mencari haluan baru dalam bidang muzik.

Bercerita mengenai album terbarunya, Ning memberitahu, dia berpuas hati dengan album kali ini walaupun konsep album tersebut boleh dikatakan kembali kepada konsep album pertama, Dekat Padamu.

Dia akur kehendak peminat yang sukar menerima lagu-lagu yang menjadi konsepnya selepas album pertama.

Katanya, suatu yang menyeronokkan dalam pembikinan album terbaru itu ialah gabungannya dengan penerbit LY yang pernah menjadi penerbitnya bagi album Inggeris dahulu.

''Saya memang sesuai dengan LY kerana dia memahami apa yang saya mahukan dalam album saya. LY tahu kehendak saya dan saya sendiri faham cara dia bekerja,'' ujar Ning yang kini mencecah usia 24 tahun.

Sebelum Pujaanku, Ning telah muncul dengan dua lagi album Melayu di bawah terbitan BMG iaitu Teguh dan Ke Sayap Bintang.

Katanya, album tersebut adalah yang paling cepat pernah dirakamkannya. Ia mengambil masa hanya selama 10 hari untuk memasukkan vokal. Album tersebut memuatkan sepuluh buah lagu.

Bagi album ini, Ning telah mendapatkan khidmat komposer tempatan seperti LY, Is Wow, Jari, Shaari Amri, Yusri, Fauzi Marzuki dan Lan Laga.

Antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Engkau Masih Di Hatiku, Cintamu Milikku, Sungguh, Hanya Yang Terbaik, Lenalah Sayang, Pujaanku dan Aku Rindu Padamu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.