saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/1999

Sumbangan KRU kepada negara

Kumpulan KRU sekali lagi memberi sumbangan kepada kemajuan sukan negara apabila menjadi penganjur rasmi kejohanan lumba basikal, Le Tour De Langkawi (LTDL) pada Februari ini.

Kumpulan ini menerusi syarikat mereka KRU Berhad akan menaja bahagian hiburan termasya sukan itu.

Penajaan tersebut merangkumi penciptaan lagu, pembikinan klip video, konsert, sumbangan artis, penyediaan pentas, tata cahaya dan sebagainya sepanjang LTDL berlangsung.

Sebagai penganjur rasmi bahagian hiburan, KRU diberi kepercayaan untuk menganjurkan konsert bergerak di lima buah tempat, yang semuanya bakal menjadi laluan utama peserta LTDL.

Menurut Pengarah Urusan KRU Berhad, Norman Abdul Halim, KRU sentiasa bersedia untuk menyumbangkan usaha dan tenaga dengan projek-projek nasional kerana berasa bertanggungjawab ke atasnya.

Katanya, tajaan yang dihulurkan oleh KRU adalah bukti sokongan mereka kepada projek kerajaan, malah berbesar hati kerana diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan konsert LTDL kelak.

''Ini tanggungjawab kami untuk membantu menjayakan projek kerajaan. Kami menjangkakan mungkin jumlah tajaan itu melebihi apa yang kami sumbangkan kerana konsert bergerak itu akan membabitkan jumlah yang besar,'' beritahu Norman.

Ujarnya, lima buah tempat yang terlibat ialah di Ipoh pada 5 Februari, Port Dickson (7 Februari), Johor Bahru (8 Februari), Kuantan (9 Februari) dan Kuala Lumpur (14 Februari).

Artis-artis KRU seperti Indigo, Elite, Juliana Azman Banos, Dance Machine dan Akish & Akin akan berada di kesemua lokasi tersebut, selain daripada KRU sendiri.

Bagaimanapun, Norman memberitahu, selain artis-artis KRU Records, konsert tersebut juga akan mengundang penyanyi popular lain seperti Siti Nurhaliza pada konsert yang diadakan di Kuala Lumpur kelak.

Selain tajaan konsert, KRU turut mencipta lagu tema bagi LTDL, berjudul Fiesta yang dinyanyikan oleh artis-artis KRU Records.

Katanya, lagu tersebut dicipta dengan melodi yang ceria bersesuaian dengan temasya pertandingan tersebut.

Dia memberitahu, klip video Fiesta juga dihasilkan secara lebih glamor dengan cuba mengelakkan unsur-unsur propaganda.

Katanya, klip video tersebut menggunakan teknik grafik tiga dimensi dan animasi yang dihasilkan oleh KRU Motion Picture. Ia menelan belanja sebanyak RM40,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.