saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/01/1999

Fazidah diingati setiap kali adilfitri


FAZIDAH.


PENYERTAAN dalam Bintang Radio menjadi perintis jalan kepada penyanyi Fazidah Joned dalam bidang senisuara.

Berbekalkan semangat tidak berputus asa, Fazidah telah memasuki pertandingan itu selama empat tahun sebelum bergelar juara pada tahun 1962.

Selepas memenangi johan Bintang Radio 1962, Fazidah telahpun ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman EMI.

Lagu hari raya Fazidah yang berjudul Selamat hari Raya merupakan salah satu lagu yang membawa kenangan manis sepanjang kariernya.

''Saya memang sudah lama tidak menyanyi, tetapi kenangan itu pastinya mengimbau setiap kali tiba hari raya. Lagu hari raya itu membuatkan saya rasa dihargai kerana ia masih diminati sehingga sekarang,'' katanya yang kini berusia 54 tahun.

Menurut Fazidah yang kini lebih senang bersama anak dan cucu di kediamannya di Kelang, kegiatan seninya bermula sejak dia di bangku sekolah.

Pada usia belasan tahun, dia sudah menyanyi dan berpeluang merakamkan lima EP dan sebuah LP.

Lagu Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh Fazidah Joned merupakan lagu ciptaan Kassim Masdor dan liriknya oleh Jins Shamsuddin.

Lagu tersebut dirakamkan pada tahun 1964. Walaupun masa terus beredar, tetapi Fazidah bersyukur kerana lagu nyanyiannya itu masih diminati.

Menurut Fazidah, setelah kira-kira 35 tahun lagu tersebut dirakamkan dan sering berkumandang di radio menjelang raya, jauh di sudut hati Fazidah teringin untuk merakamkannya semula.

''Saya teringin merakamkannya semula supaya dapat menyanyikannya menggunakan suara saya sekarang ini. Saya kira walaupun saban tahun lagu tersebut diputarkan di radio, saya fikir perlu saya menyanyikannya semula kerana memang sedikit sebanyak suara saya berubah,''katanya.

Begitu pun kata Fazidah, mungkin disebabkan dia sudah tidak terikat dengan syarikat rakaman, dia tidak berpeluang untuk merakamkan semula lagu tersebut.

''Saya telah merakamkan semula lagu tersebut untuk satu program hari raya iaitu Gema Lebaran. Selepas 35 tahun, itulah pertama kali saya merakamkan semula lagu itu,'' jelasnya yang .

Ketika ditanya bakat yang mengalir ditubuhnya dituruti oleh anak-anaknya, penyanyi itu memberitahu, tidak seorangpun anaknya yang mahu mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi.

''Cuma yang saya lihat akan mewarisi darah seni saya ialah cucu saya yang masih kecil. Dia menampakkan minat yang tinggi dalam seni suara,'' beritahu Fazidah lagi. - Oleh: ROZI ABDUL RAZAK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.