saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/01/1999

Suria Records berjaya lahirkan artis popular

SYARIKAT rakaman Suria Records (SRC) akhirnya memenuhi matlamat mereka dalam industri muzik dengan melahirkan banyak artis tempatan berbakat besar yang kini menduduki carta populariti.

Jika sedikit masa lalu, syarikat rakaman tempatan agak terpinggir berbanding yang bertaraf antarabangsa seperti EMI, BMG, Sony Music dan sebagainya, tetapi kini adalah sebaliknya.

Perkembangan industri muzik yang semakin pesat pada masa ini memberi lebih peluang kepada syarikat rakaman tempatan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan syarikat-syarikat rakaman 'gergasi'.

SRC kini melahirkan banyak artis berbakat besar dan berjaya memberi saingan kepada artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa.

Pengurus Besar SRC, Adnan Abu Hassan, berkata, kemunculan artis-artis yang berbakat di samping penghasilan album bermutu banyak membantu syarikat tersebut.

''Kebanyakan artis yang lahir di SRC kebelakangan ini adalah pendatang baru dan kita bersyukur kerana mereka berjaya mencipta nama dan duduk sebaris dengan artis popular yang sedia ada.

''Di samping artis baru, kita boleh berbangga kerana dapat menggilap nama artis-artis yang berpengalaman untuk terus bertahan dalam industri muzik,'' ujar Adnan baru-baru ini.

Pada masa ini, SRC telah berjaya memperkenalkan artis baru seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Asha Malik, 2 By 2, Maz dan juga Anis Soraya.

Pada masa yang sama, SRC turut menaikkan nama Noraniza Idris yang kini bergelar Ratu Pop Tradisional.

Pada Juara Lagu'98 baru-baru ini, SRC juga berbangga kerana tiga artisnya muncul dengan enam buah lagu pada peringkat separuh akhir iaitu Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Liza Hanim, seterusnya berjaya ke Juara Lagu.

Kemenangan Siti Nurhaliza dalam Juara Lagu'98 dan Noraniza Idris dalam kategori Persembahan Terbaik serta keberkesanan Liza Hanim menyampaikan lagu dalam kategori balada merupakan satu petanda baik kepada SRC untuk terus bertahan.

Sebelum ini, artis SRC seperti Siti Nurhaliza dan ND Lala telah memenangi beberapa anugerah dalam Juara Lagu 95, Juara Lagu'96 dan juga Juara Lagu'97.

''Kemenangan yang diraih oleh artis SRC memberi semangat baru kepada syarikat kami untuk terus maju. Di samping itu, kami juga akan terus mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi,'' jelas Adnan lagi.

Sementara itu, penyanyi Noraniza Idris yang baru menyertai SRC dua tahun lalu berasa bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh syarikat itu untuk merakamkan album Melayu asli.

Sebelum itu, ada syarikat rakaman yang kurang yakin dengan pasaran lagu berentak tradisional. Menerusi album tersebut nama Noraniza terus cemerlang dan lagu-lagu irama tradisional semakin diminati dan menguasai pasaran muzik tempatan.

Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Asha Malik dan Anis Soraya turut melahirkan rasa gembira kerana SRC telah membuka ruang yang lebih luas untuk mereka bergelar penyanyi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.