saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/01/1999

Dasar jalan alternatif -- Apabila tidak perlu kita tidak akan bina - Samy Vellu

PETALING JAYA 25 Jan. - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, adalah mustahil bagi kerajaan menyediakan laluan alternatif terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai jalan lama atau di kawasan yang baru dibina lebuh raya.

Menurut beliau, kerajaan hanya akan membina laluan alternatif bagi memberi pilihan kepada pengguna menggunakan jalan raya tidak bertol apabila perlu.

Beliau juga berkata, perjanjian konsesi pula tidak mensyaratkan kerajaan membina laluan alternatif yang lengkap dan sempurna, melainkan jika terdapat jalan lama yang boleh dinaikkan taraf.

''Apabila perlu kita akan bina laluan alternatif. Apabila tidak perlu kita tidak akan bina,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) di sini, hari ini.

Lebuh raya yang menimbulkan kontroversi kerana kadar kutipannya yang tinggi itu, bernilai RM1.4 bilion dan dilengkapi dengan empat plaza tol masing-masing mengenakan bayaran sebanyak RM1.50 bagi kenderaan kelas Satu, kelas Dua (RM3), kelas Tiga (RM4.50), kelas Empat (80 sen) dan kelas Lima (RM1.50).

Selain itu, Samy Vellu berkata, kerajaan juga akan menetapkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya baru yang akan diswastakan mengikut peringkat tertentu dan bukan lagi dinaikkan setiap tahun.

Katanya, kadar tol di lebuh raya LDP yang berkuat kuasa pukul dua petang ini akan hanya menyaksikan dua kenaikan iaitu pada tahun 2007 dan 2016.

''Sehubungan itu kadar tol yang akan dikenakan pada kedua-dua kenaikan ialah RM2.10 dan RM3.10,'' katanya.

Buat masa ini, Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) yang mengendalikan Lebuh Raya Utara-Selatan diberi kebenaran menaikkan kadar tol setiap tahun.

Katanya, kerajaan semakin matang ketika berurusan dengan pelbagai pihak mengenai penswastaan lebuh raya termasuk tidak lagi membayar ganti rugi kepada mana-mana pihak.

Malah, beliau berkata, pihak konsesi juga kini memikul tanggungjawab yang lebih berat termasuk membayar ganti rugi kepada pemilik tanah dalam menentukan projek mereka berjaya dilaksanakan.

''Kerajaan semakin matang berurusan dengan pembinaan lebuh raya. Kita telah mempunyai banyak pengalaman berdasarkan projek-projek sebelum ini,'' ujarnya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga tidak lagi memberi jaminan mengenai kadar kenderaan yang akan menggunakan sesuatu lebuh raya kepada syarikat-syarikat konsesi yang berkenaan.

''Dulu kita memang memberi jaminan seumpama itu. Jika jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya berkenaan lebih tinggi daripada yang dijangkakan, kerajaan akan berkongsi keuntungan yang diperoleh oleh syarikat konsesi dan akan membayar ganti rugi jika keadaan sebaliknya,'' kata beliau.

Samy Vellu turut ditanya mengenai rungutan penduduk Sri Damansara yang berhadapan dengan masalah laluan alternatif dan kadar tol yang dikenakan di LDP.

Menurut beliau, penduduk di kawasan berkenaan yang meminta supaya projek laluan alternatif yang sedang dilaksanakan oleh syarikat konsesi terbabit dihentikan.

''Sekarang mereka meminta jalan alternatif itu semula dan LDP sedang mengkaji perkara tersebut,'' ujarnya.

Turut hadir ialah Pengerusi Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd., Tan Sri Wan Rahman Wan Yaacob dan Pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.

Wan Rahman turut menyerahkan tiga kenderaan pacuan empat roda kepada Norian bagi kegunaan polis peronda lebuh raya.

Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.