saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/01/1999

'Air mata' Neng Yatimah masih tiada tandingan

Malah, mereka juga sering dibandingkan dengan lakonan seniwati itu dari segi kekuatan penghayatan watak yang dibawa dalam filem-filem Melayu genre sedih. Demikianlah hebatnya seniwati Neng Yatimah.

Air mata yang dikeluarkannya dalam hampir setiap filem Melayu yang dilakonkannya mampu mengguris perasaan penonton, apatah lagi ada yang turut bersama-sama menitiskan air mata.

Malah, air mata jugalah meletakkan namanya di puncak kegemilangan lakonannya dalam perfileman Melayu studio Jalan Ampas dulu.

Air mata dan Neng Yatimah seakan-akan sudah sebati. Tidak hairanlah gelaran 'bintang air mata' cukup sinonim dengan dirinya sehinggalah ke hari ini, walaupun sudah lama bersara dalam dunia lakonan.

Di luar filem, ketika muncul pada setiap sesi mengimbas kembali penglibatannya dalam perfileman, Neng Yatimah pasti menangis.

Apabila bercakap mengenai kenangan silamnya, dengan pantas air matanya mengalir. Itulah kelebihan Neng Yatimah, insan seni yang tidak boleh dilupakan.

Hari ini, pada usia 75 tahun, Neng Yatimah ibu kepada seniwati Rose Yatimah dan balu kepada penyanyi Jasni itu menghabiskan masanya bersama keluarga di Singapura.

''Sekarang ini mak tinggal dengan cucu dan cicit, ada juga tawaran berlakon di Kuala Lumpur, tetapi mak menolaknya.

''Kini dah tak larat nak berlakon, duduk rumah menjaga cucu cicit lagi baik,'' katanya yang senang membahasakan dirinya Mak Neng.

Dia juga memuji stesen televisyen yang menayangkan semula filem-filem lama, sekali gus membolehkan peminat filem generasi baru melihat hasil filem Melayu lama.

''Dengan itu orang akan mengenali pelakon lama seperti mak dan pelakon-pelakon lain,'' ujarnya lagi.

Kenangan berlakon di studio Jalan Ampas meninggalkan nostalgia pada dirinya, apatah lagi kehadirannya sebagai pelakon tanpa diduga.

''Setiap kali teringatkan studio Jalan Ampas, hati mak jadi sedih, terlalu banyak kenangan di sana. Biarlah ia menjadi kenangan indah ke akhir hayat mak,'' tambahnya apabila ditanya mengenai studio yang telah lama ditutup itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia perfileman, Seniwati itu telah berlakon lebih 30 buah filem yang menampilkannya sebagai heroin ataupun watak ibu.

Ditanya mengenai nama Neng dipangkal namanya itu, kata Neng Yatimah, ia adalah pemberian Allahyarham seniman agung P. Ramlee. Nama asalnya Yatimah Ahmad penggunaan Neng kerana dia berasal dari Indonesia.

Seniwati itu juga turut bercerita mengenai kehadirannya di persada perfileman. Segalanya bermula daripada minatnya melihat penggambaran filem.

Pada masa itu, dia telah bersuami dengan penyanyi Jasni dan amat meminati pelakon Siput Sarawak, primadona filem Melayu pada era 50-an.

Daripada melihat penggambaran, seniman A.R. Tompel bertanya kepadanya sama ada dia berminat untuk berlakon. Hasil uji bakat di hadapan pengarah L.Krishnan membuahkan peluang kepadanya.

Pada usia 24 tahun, pada masa itu, dia muncul sebagai pelakon wanita utama dalam filem Takdir Ilahi.

Berbekalkan sebuah filem itu namanya terus dikenali.

Malah, watak yang memerlukan dia mengalirkan air mata dalam filem itu membuatkan tawaran berlakon mencurah-curah seterusnya untuk filem berunsur sedih. Daripada situlah, dia mula digelar 'pelakon air mata.'

Antara filem lakonannya ialah Istana Impian, Patah Hati, Siapa Salah, Ibu, Batu Belah Batu Bertangkup, Bapa Saya, Tas Tangan Wanita, Sengsara, Seruan Darah, Mama Oh Mama dan banyak lagi.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.