saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 29/01/1999

Batu Maloi menyelami keunikan gua Orang Asli


ANTARA laluan sukar ketika menyusur untuk menerokai Gua Batu Maloi.


Meskipun merupakan projek pertama melibatkan penjelajahan alam kejadian mengenai gua, kecenderungan yang ditunjuk peserta tetap memberangsangkan.

Keunikan Gua Batu Maloi di lembah antara dua bukit di Johol, Negeri Sembilan menjadi pilihan dalam penjelajahan empat hari oleh pelajar UPM itu.

Dengan matlamat mendedahkan peserta dengan pengalaman dan cabaran sebenar dalam rekreasi luar, program melibatkan pengembaraan, pendakian dan penjelajahan itu merupakan agenda penting membentuk mahasiswa berani, bertanggungjawab dan prihatin menghadapi cabaran hidup.

Perjalanan menjelajahi keunikan gua yang terletak di Kampung Air Mawang di Johol itu berjaya membentuk peserta untuk lebih kerjasama sebagai satu pasukan.

Menjelajahi 24 pos yang ada dalam Gua Batu Maloi adalah agenda utama ekspedisi disamping melakukan pelbagai aktiviti lain seperti menjelajah hutan, orienteering dan menyelidik asal usul serta sejarah kewujudannya.

Menyusuri laluan gelap dalam gua yang penuh kelawar dan berair benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental peserta dengan perjalanan bermula menuruni lurah curam dan licin lebih tiga jam untuk berhenti rehat sambil menikmati kesegaranya air terjun.

Tetapi agak menyeramkan ketika mengharungi air deras sedalam hampir satu meter dalam gua dan menyebabkan ramai peserta jatuh tergelincir.

Agak terseksa apabila terpaksa merangkak menyusuri lubang-lubang gua kecil dan sempit dengan bau yang hapak dalam gelap.

Gua yang mengambil sempena nama salah seorang ketua Orang Asli (tok batin), 'Maloi' itu kaya dengan keunikan dan sejarah tersendiri yang masih terjaga rapi.

Setelah menjelahi gua, para rombongan yang turut disertai oleh ahli Persatuan Beliawanis Tiga Serangkai (PBTS) Kampung Lending turut meninjau batu besar tidak jauh dari gua tersebut.

Selain menyingkap sejarah kewujudan dan kaitannya dengan masyarakat Orang Asli zaman silam, kesegaran alam sekeliling yang dijaga rapi turut menarik perhatian peserta.

Ekspedisi tersebut turut membawa peserta memanjat Batu Maloi untuk merasai kesegaran air perigi yang dikatakan tidak pernah kering yang terdapat di puncaknya.

Di samping menguji ketahanan diri para peserta turut melakukan kerja amal dengan membina jambatan merentasi empangan serta membaiki tapak perkhemahan yang rosak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.