saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/01/1999

Adinda mengisi kekosongan

Sebagai permulaan, syarikat tersebut akan memperkenalkan sebuah kumpulan yang dianggotai empat gadis yang berbakat dalam bidang nyanyian. Kumpulan Adinda itu dianggotai oleh Noorkamilawati, Olin, Azian dan juga Amy.

Adinda merupakan kumpulan berbakat yang dicungkil daripada beberapa pertandingan nyanyian.

Pengarah Urusan, Mas Omar, berkata Adinda merupakan artis di bawah naungan syarikatnya yang akan diperkenalkan kepada peminat dalam waktu yang terdekat ini.

Bagaimanapun kata Mas Omar, pada Ramadan baru-baru ini, kumpulan Adinda sudah didedahkan dengan beberapa persembahan pentas sebagai permulaan karier mereka.

Sekalipun album kumpulan itu belum dipasarkan tetapi Adinda sudah diberi peluang beraksi di hadapan peminat.

Jelas Mas Omar, cara tersebut perlu dibuat untuk membiasakan kumpulan itu menyanyi di pentas agar mereka tidak berasa kekok dan malu.

Salah seorang anggota Adinda, Olin, berkata kemunculan mereka bukan sekadar mengisi kekosongan kumpulan remaja wanita yang tidak banyak dalam industri muzik tanah air tetapi mahu memperkenalkan muzik dan lagu mengikut konsep mereka sendiri.

Album Adinda yang bakal muncul selepas tahun baru cina itu berkonsepkan irama Malaysia padang pasir dan diterbitkan oleh Suhaimi Mohd Zain.

Menurut Olin, peluang bekerjasama dengan Suhaimi merupakan satu yang menggembirakan Adinda kerana lagu-lagu ciptaan komposer itu semakin mendapat perhatian dewasa ini.

Sebuah lagu ciptaan Suhaimi yang berjudul Sabar merupakan lagu yang menjadi taruhan kumpulan Adinda tetapi mereka juga yakin lagu-lagu lain mempunyai keistimewaan.

Menjelang hari raya Aidiladha pula, Adinda berharap agar dua buah lagu dalam album mereka yang berjudul Panggilan Kaabah dan Air Zam Zam akan dapat dipromosikan sebaik mungkin kerana ia bersesuaian dengan sambutan perayaan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.