saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 30/01/1999

Johor, Terengganu rayu terus bina lebuh raya

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Kerajaan negeri Terengganu dan Johor hari ini meminta Kerajaan Pusat meneruskan rancangan membina lebuh raya-lebuh raya di kedua-dua negeri tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, berharap pembinaan lebuh raya Karak-Kuantan-Chendering dapat diteruskan kerana ia bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, katanya, beliau dan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Mohd. Khalil Yaakob, akan mendapatkan keterangan lanjut mengenai penangguhan lebuh raya berkenaan daripada Kerajaan Pusat dalam masa terdekat ini.

Ini perlu, katanya, kerana lebuh raya itu membabitkan kerajaan negeri Terengganu dan Pahang.

''Kita pula masih belum jelas kerana ada pihak mengatakan bahawa penangguhan tersebut tidak membabitkan projek-projek yang sudah ditanda- tangani.

''Bagi lebuh raya dari Karak-Kuantan-Chendering sejauh 338 kilometer ini, perjanjian telah pun ditandatangani dengan pihak kontraktor terbabit tahun lalu.

''Kita berharap projek ini dapat diteruskan demi kepentingan semua pihak dan pembangunan yang bakal dibawa ke Terengganu termasuk dari segi keselamatan pengguna,'' katanya kepada Utusan di sini hari ini.

Menurut Wan Mokhtar, pembinaan lebuh raya tersebut perlu kerana selain mendekatkan perjalanan dari Lembah Klang ke Terengganu, ia juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Buat masa ini kata beliau, kerajaan negeri belum jelas mengenai penangguhan pembinaan lebuh raya-lebuh raya yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kelmarin Dr. Mahathir mengumumkan keputusan kabinet untuk menangguhkan pembinaan semua lebuh raya baru di seluruh negara ekoran ketidaksediaan pengguna jalan raya menggunakan jalan berkualiti dan membayar tol.

Di Terengganu, pembinaan lebuh raya yang menelan belanja RM4 bilion itu, yang turut menghubungkan Pahang membabitkan Jabor-Jerangau-Chendering sejauh 165 kilometer termasuk projek menaikkan taraf jalan sedia ada.

Selain terdapat antara tujuh hingga sembilan buah tol, lebuh raya Karak-Kuantan-Chendering ini bakal merentasi pusat-pusat penempatan utama termasuk kawasan industri, pertanian, ladang kelapa sawit dan perkampungan penduduk.

Projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2005 dan dikendalikan oleh Projek Lebuh Raya Timur Sdn. Bhd. (Pelita), anak syarikat Malaysia Mining Corporation (MMC).

Sementara itu di Kluang, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga berkata, kerajaan negeri itu akan membuat permintaan kepada Kerajaan Pusat supaya tidak menangguhkan pembinaan dua lebuh raya di Johor.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar yang meliputi pembinaan jambatan kedua merentasi Sungai Muar, dan Lebuh Raya Kluang ke Pasir Gudang.

Abdul Ghani berkata, permohonan supaya projek berkenaan tidak ditangguhkan berasaskan kepada kepentingannya kepada pengguna.

''Pembinaan kedua-dua lebuh raya itu amat penting dalam usaha mengatasi kesesakan di bandar-bandar berkenaan memandangkan jalan raya yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat kini,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pameran draf rancangan tempatan Bandar Kluang, Majlis Daerah Kluang, hari ini.

Abdul Ghani menjelaskan, pembinaan jambatan kedua merentasi Sungai Muar menuju ke bandar Muar yang terdapat dalam pakej pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar amat penting bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar tersebut.

Beliau menjelaskan, walaupun jambatan kedua akan melibatkan pembayaran tol namun ia tetap akan memberi pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan jambatan yang sedia ada tanpa membayar tol, atau jambatan baru tersebut.

''Jika mengikut perancangan, lebuh raya ini akan dibina pada pertengahan tahun ini dan syarikat konsesi yang terlibat sudah pun dilantik,'' katanya sambil memberitahu projek itu telah pun diluluskan oleh kerajaan Pusat.

Mengenai Lebuh Raya Kluang ke Pasir Gudang pula, Abdul Ghani berkata, lebuh raya yang sedia ada turut mengalami masalah kesesakan lalu lintas.

Oleh: AMIR SHARIFUDDIN dan ZULKIFLEE BAKAR

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.