saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/02/1999

GIM kumpulan termuda tetapi berbakat


JELITA... anggota GIM dari kiri Adiana, Rosni,

Cempaka Sary, Adza Tutyrianti dan Shazlin.



KEBELAKANGAN ini peluang untuk menjadi artis mudah diperolehi. Kerana itu, tidak hairanlah mengapa sebilangan besar remaja mempunyai kecenderungan ke arah itu.

Namun dalam keghairahan itu ada kumpulan yang berjaya, tidak kurang juga sebilangan besar daripada mereka yang terkandas di pertengahan jalan.

Bagi kumpulan remaja baru yang menggelarkan diri mereka sebagai Girl In Music atau ringkasnya GIM, setiap kejayaan orang lain dijadikan pedoman sementara kegagalan kumpulan lain dijadikan pengajaran berguna buat mereka.

GIM yang dianggotai oleh lima gadis jelita, Adiana Rafar (16), Adza Tutyrianti Adnan (18), Shazlin Sharif (19), Cempaka Sary Anuardin (19) dan Rosni Sharif (10), muncul menceriakan persada muzik tanah air.

Kemunculan GIM adalah selepas cemburu melihat kejayaan beberapa kumpulan sebelum ini.

Meskipun kelima-lima mereka masih muda, namun kerana minat yang mendalam terhadap dunia seni menyebabkan mereka memberanikan diri melibatkan diri dalam bidang yang sering dikatakan penuh dengan glamor ini.

Dalam satu pertemuan dengan Pancaindera baru-baru ini, kelima-lima anggota itu memberitahu, kehadiran mereka bukan bermakna mereka ingin memberikan saingan kepada kumpulan yang sedia ada.

Sebaliknya, GIM yang menandatangani kontrak di bawah syarikat produksi Chempa Murni Sdn. Bhd. ini tidak lebih daripada sekadar mahu berkongsi bakat seni dengan masyarakat.

"Oleh kerana dunia seni tidak pernah menghampakan sesiapa yang ingin menyertainya maka kami rasakan peluang sebegini perlu direbut, mana tahu nanti rezeki berpihak kepada kami pula,'' ujar mereka yang muncul dengan fesyen elegan sesuai dengan usia remaja mereka.

Anggota kumpulan GIM ini bukanlah asing dengan dunia seni. Sebelum GIM ditubuhkan empat daripada lima anggota itu sudah terdedah kepada bidang seni.

Adiana Rafar misalnya bukan suatu nama yang asing kerana dia bersama kakaknya yang lain iaitu Anita, Aliza dan Azlinda terlibat dalam dunia lakonan dan nyanyian.

Shazlin pula banyak terdedah kepada dunia penerbitan drama kerana ayahnya, Sharif Sabari merupakan penerbit drama di syarikat Take One Production.

Demikian juga dengan Chempaka Sary dan Adza Tutyrianti di mana abang kepada Chempaka iaitu Charlie pernah menganggotai kumpulan 4U2C sementara kakak kepada Adza pula merupakan penyanyi remaja Iyanie.

Bagi kumpulan GIM, untuk kemunculan pertama nanti, mereka mahu peminat seni mengenali mereka sebagai artis kumpulan remaja yang punya identiti tersendiri.

Buat permulaan, album sulung mereka yang menggunakan khidmat penerbit muda berbakat, Ajai menampilkan gabungan konsep music pop dance, R&B dan lain-lain.

"Kami sengaja memilih untuk mempelbagaikan irama muzik kerana GIM mahu menarik perhatian pendengar pelbagai lapisan,'' ujar mereka lagi.

Ditanya sejauh mana mereka berdebar menanti reaksi peminat pula, GIM mengakui jauh di sudut hati mereka gusar terhadap reaksi yang bakal diterima.

Kata mereka, sebagai artis baru kadangkala pelbagai kemungkinan yang di luar jangkaan yang boleh berlaku.

"Biarlah kemungkinan itu sesuatu yang bersifat positif kerana kemunculan kami bukannya untuk suka-suka sebaliknya kami serius dalam memikirkan masa depan kami,'' kata mereka lagi.

Kepada peminat seni tanah air yang ingin menguji sejauh mana kemampuan GIM menyanyi, sama-sama kita dengar album sulung GIM yang bakal diedarkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. - Oleh Saharudin Musthafa

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.