saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/02/1999

Ani Mayuni belum bersedia untuk bercinta


ANI MAYUNI... mengejar peluang untuk membina masa depan.


LIUK lentoknya ketika menyanyi di atas pentas menggoda kaum lelaki. Suara manjanya ketika mengalunkan melodi lagu dangdut pula membuatkan ramai jejaka yang tidak senang duduk.

Itulah serba ringkas personaliti penyanyi dangdut remaja Ani Mayuni yang kini semakin meningkat popular menerusi lagu Sedap.

Siapa sangka seorang gadis yang keletahnya tidak ubah seperti seorang remaja lepasan sekolah tiba-tiba sahaja meletup bila namanya dikaitkan punya hubungan cinta dengan komposer, Iwan.

Agak lama juga berita itu dihebohkan sehingga dikatakan membuatkan kekasih Iwan ketika itu, Amelina 'naik angin'.

Dalam masa yang sama Ani Mayuni juga tampil membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Iwan kerana bagi Ani, Iwan tidak lebih daripada seorang komposer dan abang.

Apabila Iwan mengambil keputusan bernikah dengan Wan Rafidah, sekali gus melenyapkan terus nama Ani Mayuni sebagai kekasihnya.

"Alhamdulillah, pernikahan Abang Iwan melenyapkan segala spekulasi dan semua tahu siapa yang berada di pihak benar. Ani berdoa semoga jodoh Abang Iwan kekal hingga ke akhir hayat,'' ujarnya ringkas ketika ditemui di studio Utusan baru-baru ini.

Dia juga bersyukur kerana meskipun timbul spekulasi dalam hubungan cinta itu, namun hubungannya dengan artis yang terbabit khususnya Amelina berjalan baik tanpa sebarang sengketa.

"Itu yang Ani harapkan sebenarnya dan alhamdulillah setakat hari ini hubungan saya dengan Amelina amat baik dan kami mesra seperti adik dan kakak,'' jelasnya yang kelihatan begitu mesra dengan Amelina ketika ditemui di majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Menceritakan mengenai peribadinya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 20, berkata, buat masa sekarang dia enggan memikirkan soal cinta.

"Rasanya terlalu awal untuk saya memikirkan soal cinta dan kahwin kerana yang penting sekarang ini saya mengejar peluang untuk membina masa depan.

"Dalam keadaan sekarang ini, saya perlu bekerja keras kerana peminat muzik semakin cerewet dalam membuat pilihan serta hanya menyokong artis yang mempunyai sifat-sifat tertentu... maka saya perlu berhati-hati," katanya sambil tersenyum.

Pada pertemuan itu juga, Ani tidak henti-henti meminta agar penulis membantunya mempromosikan album dangdut terbarunya yang berjudul Sedap.

Katanya, album yang dirakamkannya di Bandung, Indonesia serta di Kuala Lumpur itu mengandungi 10 buah lagu istimewa khusus sebagai halwa telinga pendengar.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah lagu Sedap, Dangdut Cinta, Ada Cinta, Aku Cinta Padamu (duet bersama Iwan) dan lain-lain lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.