saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/02/1999

DAP tetap menentang -- Walaupun Karpal minta maaf isu pembentukan negara Islam

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Timbalan Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh berkata, beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut ''langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam''.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersetuju jika Pas terus memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati.

Beliau berkata, pendirian DAP adalah jelas bahawa semua pihak di negara ini harus menghormati apa juga peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk yang berkaitan dengan agama Islam.

''Bagi saya ada bezanya antara 'Islam' dengan 'negara Islam'...itu sangat jelas bagi saya seperti yang terdapat di dalam perlembagaan negara.

''Maknanya jika Pas misalnya hendak menubuhkan sebuah negara Islam mestilah berdasarkan kepada peruntukan dalam perlembagaan yang kita semua kaum persetujui bersama,'' katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang, hari ini.

Katanya: ''Dalam konteks ini tafsiran Pas terhadap pembentukan negara Islam memang lain daripada yang terdapat di dalam perlembagaan.''

Karpal menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam Forum Keadilan Untuk Semua anjuran DAP di Dewan Sri Pinang, Georgetown baru-baru ini bahawa beliau meminta maaf terhadap kenyataannya pada tahun 1990 iaitu ''langkah mayat saya dahulu sebelum ditegakkan negara Islam di Malaysia''.

Ketika pilihan raya umum 1990, Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Jelutong dipetik oleh media sebagai berkata 'langkah mayat saya' ketika ditanya sama ada dia dan partinya menerima penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia.

Beliau kemudian mendakwa perkataannya itu telah disalahtafsir dan mendakwa bahawa media serta parti memerintah cuba hendak melaga-lagakan DAP dan Pas.

Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa kenyataan beliau sebenarnya dibuat dalam konteks penafsiran terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama dihormati.

Katanya, beliau amat menyedari bahawa kenyataannya mengenai Islam itu boleh menyinggung perasaan umat Islam serta boleh mengancam perpaduan kaum di negara ini.

''Atas sebab itulah maka saya meminta maaf demi perpaduan masyarakat dalam sebuah negara berbilang kaum ini,'' jelas beliau.

Sementara itu, tiga bekas ahli DAP, Liew Ah Kim, Fung Ket Wing dan Wee Choo Keong menegaskan, Naib Pengerusi DAP itu perlu lebih sensitif terhadap kedudukan masyarakat pelbagai agama di Malaysia.

Menurut mereka, sebagai ahli politik veteran, Karpal sepatutnya berhati-hati semasa membuat kenyataan yang menyentuh agama lain.

''Dia sepatutnya sedar kenyataan yang tidak sensitif itu boleh menjejaskan perpaduan kaum dan amat berbahaya kepada keutuhan negara ini.

''Oleh itu Karpal bukan saja perlu meminta maaf kepada umat Islam, tapi juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya,'' tegas mereka.

Ketiga-tiganya turut mendesak Karpal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang menyatakan pendirian secara terbuka berhubung penubuhan negara Islam di Malaysia.

Pas sejak ditubuhkan pada 1951 telah memperjuangkan penubuhan negara Islam dengan menyatakan bahawa langkah itu merupakan penyelesaian terbaik kepada masalah yang dihadapi di Malaysia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.