saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/02/1999

Kerajaan diminta telus mengenai konsesi tol

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kerajaan digesa supaya bersikap lebih telus dan memberi penjelasan berhubung pemberian konsesi tol Jalan Kuching kepada Kamunting Corporation Berhad.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar, Majlis Belia Malaysia (MBM), Norizan Shariff berkata, penjelasan perlu bagi mengelakkan persoalan tersebut terus menjadi isu.

Jelasnya, melalui pendekatan yang telus dan terbuka, perasaan marah orang ramai berhubung kadar tol dapat diredakan di samping menarik kepercayaan mereka.

''Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak sepatutnya berdiam diri berhubung dakwaan mengenai keuntungan yang dinikmati oleh Kamunting Corporation.

''Beliau sepatutnya lebih telus dan mengeluarkan perangkaan mengenainya,'' katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas dakwaan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang bahawa Kamunting Corporation mengutip RM183 juta berbanding pelaburannya sebanyak RM60 juta sepanjang memegang konsesi tol Jalan Kuching dari 1988-1996.

Menurut Lim, penyambungan konsesi dari 1996 hingga 2003 akan membolehkan syarikat itu mengutip sebanyak RM250 juta.

Menurut Norizan, Samy Vellu juga perlu menjelaskan mengapa konsesi tol itu dilanjutkan.

Tegasnya, konsesi tersebut perlu dibatalkan sekiranya dakwaan bahawa Kamunting Corporation memperoleh keuntungan adalah benar.

''MBM kesal dengan pendirian berdiam diri Samy Vellu sedangkan rakyat mempunyai hak mengenai konsesi tol ini.

Oleh: LAWRENCE QUEK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.