saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/02/1999

Sitcom Spanar Jaya di NTV7

DALAM usaha mempelbagaikan program terbitan tempatan stesen televisyen ntv7 akan menayangkan siri sitcom Spanar Jaya mulai Mac depan.

Spanar Jaya memaparkan situasi di sebuah bengkel membaiki motokar dengan memaparkan pelbagai isu semasa.

Sitco itu membariskan pelakon Rambo Chin, Ahmad Idham, Zaibo, Wardina, Zaidi Rock, Wardina, Opie Zami sebagai pelakon utama bersama banyak pelakon undangan yang diundang pada setiap siri.

Spanar Jaya, terbitan syarikat Ten On Ten telah menjalani penggambaran sebanyak 20 episod.

Siri itu akan ditayangkan pada masa perdana setiap hari mulai hari Isnin hingga Jumaat. Mengikut perancangan, ntv7 akan menyiarkan mulai 8 Mac depan.

Spanar Jaya menampilkan watak, Pak Joyo seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan.

Iskandar pula seorang pemuda lulusan dari universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan dan berminat mengenai permotoran lalu memilih untuk berkerja di sebuah bengkel.

Siri itu juga menampilan watak seorang pemuda yang berhijrah dari luar Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan bekerja di bengkel Spanar Jaya.

Menurut Ahmad Idham, walaupun muncul dalam sebuah sitcom, namun dia tidak mempamerkan aksi komedi sebaliknya ia membawakan watak seorang mekanik yang sangat menggemari kereta.

Malah cintanya pada kereta membuatkan dia selalu bermasalah apabila bersama wanita.

''Ini adalah cabang ketiga saya dalam lakonan setelah muncul dalam drama dan teater sebelum ini,'' katanya.

Ahmad Idham juga menganggap kemunculannya dalam sitcom tersebut sebagai satu pengalaman baru dalam lakonan.

''Saya boleh menimba pengalaman daripada pelakon komedi yang terkenal,'' ujar pelakon itu lagi.

Rambo Chin yang pernah popular dengan lakonan komedi dalam sitcom Jangan Ketawa tidak lama dulu masih aktif dalam berlakon.

Sementara itu stesen itu juga menayangkan semula siri kuiz Roda Impian yang pernah ditayangkan di Astro Ria tidak lama dulu.

Siri kuiz itu menampilkan pengacara Halim Othman bersama Zaida Zainal. Ia disiarkan setiap pukul 7.30 malam mulai Isnin hingga Jumaat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.