saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/02/1999

Terengganu banjir selepas hujan 48 jam


EMPAT buah rumah yang ranap dilanda angin kencang dan hujan lebat di Kampung Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam - Gambar ABDUL RAHMAN SALEH.


KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Beberapa daerah di negeri ini termasuk sekitar Kuala Terengganu dilanda banjir teruk berikutan hujan lebat sejak 48 jam lalu menyebabkan empat buah rumah runtuh.

Dalam pada itu, 30 keluarga telah dipindahkan iaitu masing-masing 18 keluarga di daerah ini dan selebihnya di Marang, setakat ini.

Beberapa jalan utama juga dinaiki air setinggi kira-kira 0.5 meter menyebabkan laluan tidak boleh dilalui kenderaan ringan sejak pagi ini tetapi beransur pulih petang ini setelah hujan reda.

Hujan lebat juga mengakibatkan sebuah kereta dipercayai terhumban ke dalam Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri kira-kira pukul 5 pagi ini.

Sehingga operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan petang ini, kereta berkenaan masih belum ditemui.

Tinjauan Mingguan mendapati, banyak premis perniagaan meliputi kedai makan, bengkel membaiki kenderaan dan lain-lain terpaksa ditutup sementara.

Di daerah Kuala Terengganu, beberapa jalan yang dinaiki air setinggi kira-kira 0.5 meter termasuklah Jalan Sultan Mahmud di Kuala Ibai, Jalan Kamarudin, Jalan Sultan Omar, Jalan Cerung Lanjut, Gong Kapas dan Bukit Cendering berhampiran Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Kawasan-kawasan lain ialah Kampung Padang Bola dan Kampung Kijing di Marang; Kampung Tok Dir, Kampung Kubang Ikan, kampung Pak Tuju, Kampung Teluk Ketapang, Kampung Padang mengkuang, Kampung Wakaf Beruas dan Hiliran di sini.

Beberapa buah rumah di Batu Buruk dan Ladang di sini runtuh akibat hujan lebat tetapi tidak ada mangsa yang cedera dan sehingga pukul 3 petang ini kebanyakan jalan yang dinaikki air kembali pulih setelah hujan mulai reda.

Bagaimanapun, Jabatan Kaji Cuaca ketika dihubungi mengingatkan bahawa hujan lebat dijangka berterusan antara dua hingga tiga hari lagi.

Di daerah Kuala Terengganu, 12 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Ladang di sini, berikutan kejadian rumah runtuh di Pantai Batu Buruk.

Pegawai Turus Gerakan Jabatan Ketenteraman Awam Polis Negeri, Penolong Penguasa Polis (PPP) Sheikh Ali Mohamad berkata, kejadian rumah runtuh itu dipercayai bermula kira-kira pukul 5 pagi.

Katanya, empat rumah ranap manakala sebuah lagi hampir runtuh. Enam lagi keluarga yang tinggal berdekatan juga diarah berpindah.

Di Marang, lapan keluarga telah berpindah ke rumah jiran mereka di Kampung Padang Bola dan empat keluarga lagi di Kampung Kijing turut dipindahkan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Yusoff Jaafar ketika dihubungi berkata, semua anggota polis di negeri ini telah dikerah membantu agensi seperti Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). Polis Marin yang berpangkalan di Teluk Kalung, Kemaman sudah pun bersiap sedia.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri, Sharikan Bustaman berkata, semua anggota bomba telah diminta supaya bersiap sedia.

Sementara itu di Kota Bharu, tanda-tanda Kelantan dilanda banjir kali kedua sudah mula dirasai berikutan hujan berterusan sejak tiga hari lalu.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati hujan di kebanyakan kawasan pantai dan lebat di sebelah malam diikuti sekali sekala di waktu siang menjadikan setengah kawasan banjir kilat.

Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca, kedudukan kelajuan angin laut Cina Selatan bertiup sehingga 40 kilometer sejam dan bahaya kepada nelayan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.