saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/02/1999

AFC tidak berkompromi dengan keputusan

PERATURAN baru Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) berhubung had umur 23 tahun untuk acara bola sepak di semua temasya sukan di Asia bukan dibuat secara tergesa-gesa kerana peringatan secukupnya telah diberi kepada semua anggota gabungan sejak dua tahun lepas.

Setiausaha Agung AFC Datuk Peter Velappan menjelaskan semua persatuan kebangsaan telah dimaklumkan supaya menumpukan perhatian kepada pasukan bawah 23 dan kerana itu AFC tidak akan berkompromi dengan keputusan.

Velappan berkata di Kuala Lumpur semalam bahawa AFC mahu Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Brunei dan Persekutuan Sukan SEA mematuhi peraturan itu untuk temasya itu yang dijadualkan pada 7-15 Ogos depan.

''Kita mahu Brunei menganjurkan acara bola sepak untuk pemain bawah 23 pada temasya itu,'' kata beliau sambil memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan jika ia gagal berbuat demikian.

Beliau berkata tidak ada sebab bagi persatuan-persatuan kebangsaan membantah dengan berkata arahan itu terlalu singkat dan sewaktu Sukan SEA semakin hampir.

''Ini bukan keputusan saat akhir. Banyak persatuan telah mengambil terlalu lama dan kita sudah penat menasihatkan mereka supaya memberi tumpuan kepada pasukan bawah 23,'' kata Velappan.

Sejak lebih 10 tahun lalu, kata beliau, AFC telah berkempen dan meminta persatuan-persatuan kebangsaan membuat program pembangunan bola sepak mengikut peringkat umur secara berperingkat dan tersusun.

Kata Velappan apabila AFC memberitahu anggota gabungan dua tahun lepas mengenai pasukan bawah 23 ini, hanya beberapa persatuan sahaja memberikan kerjasama dan kebanyakan mereka mendakwa kejohanan untuk pasukan bawah 23 tidak efektif dan sukar menarik minat penonton.

''Inilah masanya untuk menguatkuasakan peraturan dan kita tidak boleh melewatkannya lagi. Apabila kita membuat keputusan pada mesyuarat eksekutuf AFC, wakil Brunei FA gembira dengannya,'' kata beliau.

Beliau memberi jaminan Brunei tidak perlu bimbang dengan kutipan tiket atau sokongan peminat apabila ia diperkenalkan pada Sukan SEA Ogos depan.

''Peminat bola sepak pasti akan menyokong kejohanan untuk pemain bawah 23 tahun ini kerana yang pasti mereka akan bermain bola sepak moden, berlainan dengan pasukan utama kebangsaan mereka,'' tambah beliau. - Bernama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.