saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/02/1999

Exist yakin berjaya di Indonesia

Kejayaan besar kumpulan ini yang mencatat jualan melebihi 600,000 unit di Indonesia melalui album Jangan Gentar sebelum ini menambah keyakinan syarikat rakaman BMG bahawa album terbaru ini juga diterima peminat di negara berkenaan.

Menurut Penolong Pengurus Promosi BMG, Rohani Ismail kejayaan ini mengatasi jualan album kumpulan Slam yang hanya 400,000 unit.

''Exist memecah rekod artis tempatan paling berjaya di pasaran negara jiran yang sebelum ini dipegang oleh kumpulan Slam.

''Ini adalah kejayaan terbesar artis tempatan yang sebelum ini sukar di terima oleh peminat di sana,'' jelasnya.

''Kejayaan ini kami anggap sebagai hasil daripada usaha keras syarikat rakaman dan anggota kumpulan terbabit sendiri di dalam memastikan penjualan album ini mendapat sambutan,'' jelasnya.

Menurut Rohani, melalui kejayaan itu mereka percaya kumpulan Exist mempunyai jumlah peminat yang ramai di Indonesia.

Oleh sebab itu, mereka menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa album Mutan juga bakal meledak di pasaran Indonesia setelah dipasarkan tidak lama lagi.

Pemasaran album Mutan di negara itu juga dianggap sebagai hadiah untuk peminat Exist di Indonesia setelah tidak dapat menunaikan janji untuk mengadakan konsert bergerak penghujung tahun lalu.

Mengikut perancangan awal, Exist akan mengadakan persembahan di Indonesia pada penghujung tahun lalu untuk mendekati peminat-peminat mereka.

Bagaimanapun konsert itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana Indonesia berhadapan dengan krisis politik.

Mengenai perkembangan Mutan di negara ini, menurut Rohani ia telah terjual melebihi 20,000 unit semenjak dipasarkan penghujung tahun lalu.

''Jumlah tersebut sudah memadai apatah lagi untuk artis berkumpulan. Biasanya dalam kegawatan ekonomi sekarang peminat berhati-hati dan hanya membeli album kompilasi sahaja,'' jelasnya.

Exist yang masih dalam rangka promosi Mutan akan memulakan siri promosi di seluruh negara dengan melawat stesen radio penghujung Februari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.