saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/02/1999

Noraniza Idris mahu popularkan Seri Balas


NORANIZA... terpaksa bertindak lebih matang.


DUNIA seni baru-baru ini kecoh kononnya ada perselisihan faham antara dua artis top. Mengikut ceritanya timbul rasa cemburu Noraniza Idris dengan kejayaan singkat yang dicapai oleh Siti Nurhaliza.

Dalam satu peluang bertemu Noraniza baru-baru ini dalam sesi fotografi khas dengan Pancaindera, Noraniza menjelaskan bahawa tuduhan atau cerita tentang perkara tersebut tidak benar.

Noraniza yang lebih senang dengan panggilan Ani mengakui, sebilangan besar peminat seni tanah air masih lagi kabur dengan keadaan yang berlaku antara dia dengan Siti Nurhaliza.

"Lantaran itu, besarlah harapan saya agar penjelasan yang dibuat ini akan memberi peluang kepada semua pihak untuk mengetahui keadaan itu dengan lebih jelas,'' jawabnya ketika ditanya mengenai reaksinya.

Menurut penyanyi yang mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak awal pertengahan tahun 80-an ini, kesemua cerita yang tidak berasas ini timbul selepas ada pihak yang barangkali kurang senang dengan kejayaan yang diraih olehnya dan Siti Nurhaliza.

Katanya, lebih mengeruhkan keadaan ialah apabila cerita kurang berasas itu dipanjangkan bukan sahaja dalam ruangan gosip akhbar atau majalah hiburan tetapi juga menerusi saluran radio swasta.

"Mengucap panjang Ani bila mendengar cerita yang cuba menjatuhkan nama baik Ani dan Siti. Justeru itu, bila mendengar apa sahaja kata-kata yang kurang senang mengenai kami berdua, Ani akan terus menghubungi Siti dan keluarganya serta menerangkan kedudukan sebenar.

"Alhamdulillah, Siti dan keluarganya memahami apa yang sebenarnya berlaku dan hubungan kami juga berjalan baik,'' ujar Noraniza yang hadir pada pertemuan itu dengan ditemani oleh suaminya, Fareez.

Menurut Noraniza, apabila berdepan dengan keadaan seperti itu dia merasakan dirinya menjadi mangsa keadaan, sedangkan pada hakikatnya, kemunculannya bukanlah untuk mencari musuh dengan sesiapa termasuk juga rakan artis.

"Ani amat sedih mengingati berita malang yang menimpa Ani ini. Selepas lebih 15 tahun menyanyi Ani ingatkan dapatlah mengelak diri daripada dikaitkan dengan masalah seperti ini rupa-rupanya telahan Ani silap,'' katanya penuh kesal.

Berikutan dengan kejadian itu juga Noraniza memberitahu, dia kini terpaksa bertindak lebih matang serta mengambil langkah lebih berhati-hati setiap kali membuat sebarang kenyataan.

"Cukuplah, terlalu perit rasanya untuk melalui pengalaman yang berlaku pada Ani baru-baru ini. Keadaan itu bagaikan mengulang pengalaman silam sewaktu Ani baru mula-mula hendak menapak dalam dunia seni dulu,'' tegasnya sambil berikrar untuk memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap kredibilitinya.

Noraniza turut mengakui, segala tohmahan yang ditimbulkan antara dia dengan Siti Nurhaliza banyak menyebabkan masyarakat memandang serong kepada dirinya sebagai penyanyi.

Dalam masa yang sama, Noraniza terus berazam bekerja lebih keras untuk mempromosikan album tradisional Seri Balas yang menampilkan duet istimewanya dengan Siti Nurhaliza.

"Ani berharap selepas ini tidak akan timbul lagi sebarang kenyataan yang negatif tentang hubungan kami berdua kerana Ani dan Siti perlu memastikan album Seri Balas mendapat sambutan di luar dugaan kerana matlamat kami ialah untuk terus memperjuangkan muzik Melayu ke peringkat yang lebih tinggi,'' katanya mengakhiri perbualan. - Oleh Saharudin Musthafa (deanmm@hotmail.com)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.