saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/02/1999

Mayat juruterbang pesawat terhempas berjaya dikeluarkan


TERHEMPAS... Beginilah keadaan bangkai pesawat ringan Beechcraft BE-36 yang ditemui terhempas di lereng bukit Hutan Simpan Bukit Galla, Mantin, Negeri Sembilan, semalam.

Nahas yang mengorbankan dua rakyat Perancis, juruterbang, Patrick Dutrey, 56, dan Natalie Marie Chappate, 35, diketahui apabila pesawat satu enjin itu dilaporkan hilang semasa melalui ruang udara Negeri Sembilan, Rabu lalu.

Pasukan penyelamat yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat setelah menerima laporan kehilangan pesawat terpaksa mengharungi laluan sukar serta berjalan kaki selama 2 jam 30 minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Berdasarkan siasatan awal Jabatan Penerbangan Awam, nahas dipercayai berpunca daripada masalah teknikal. [Berita di muka 3].

* BEBERAPA orang anggota penyelamat memeriksa serpihan bangkai pesawat Beechcraft BE-36 yang terhempas di lereng bukit Hutan Simpan Bukit Galla, Mantin, Negeri Sembilan, semalam. - Gambar MEOR HERMAN SHAKRI.



MANTIN 20 Feb. - Mayat juruterbang pesawat ringan Beechcraft BE-36 yang terbunuh setelah pesawat itu terhempas di lereng bukit Hutan Simpan Bukit Galla, di sini, berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter oleh pasukan penyelamat yang tiba melalui jalan darat pada pukul 2 petang ini.

Mayat juruterbang rakyat Perancis itu, Patrick Dutrey, 56, yang sudah diuruskan oleh anggota Pasukan Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (Handau) semalam, diusung keluar melalui hutan tebal sebelum diterbangkan ke Hospital Seremban untuk bedah siasat.

Helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum itu terpaksa menggunakan tali menarik naik mayat mangsa kerana sukar mendarat di kawasan lereng bukit yang curam itu.

Operasi hari kedua mengeluarkan mayat juruterbang pesawat ringan itu hari ini diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Seremban, Penolong Penguasa Polis (PPP) Ghafaruddin Othman.

Pasukan penyelamat dan wartawan meredah laluan kayu balak yang ditinggalkan sejak 10 tahun lalu bersama tujuh pakar mengesan laluan hutan yang terdiri daripada Orang Asli. Turut sama ialah anggota polis Seremban dan Mantin, pegawai hutan daripada Jabatan Hutan Negeri, Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.

Pasukan perintis pertama laluan darat itu berjalan kaki dua jam 30 minit untuk sampai ke bangkai pesawat berikutan keadaan hutan yang tebal, berbukit-bukau serta curam.

Semua yang terlibat terpaksa mengharungi kesukaran untuk sampai ke tempat nahas berikutan terpaksa melalui laluan kecil yang bergaung.

Bangkai pesawat BE-36 itu yang terhempas Rabu lalu, berada dalam keadaan terbalik dan sebahagian besar sayap dan dindingnya berkecai manakala beberapa komponen enjin turut ditemui kira-kira 50 meter dari bangkai tersebut.

Barang peribadi milik dua mangsa turut ditemui bertaburan di sekitar tempat kejadian manakala beberapa anggota penyelamat dan wartawan berdepan masalah bau busuk untuk mendekati bangkai pesawat.

Beberapa cebisan anggota badan kedua-dua mangsa yang dihurungi lalat juga kelihatan bertaburan di persekitaran tempat pesawat itu terhempas.

Pasukan kedua yang terdiri daripada Pasukan Gerak Am (PGA) dan Jabatan Penerbangan Awam menyusuli jejak pasukan pertama pada pukul 4 petang ini.

Pasukan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Penolong Penguasa Polis (PPP) Abu Bakar Johar.

Menurut seorang jurucakap polis, pesawat BE-36 itu dipercayai mengalami masalah teknikal berikutan tiada kesan terbakar pada bangkai pesawat.

Beberapa kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membersihkan kawasan untuk mengeluarkan bangkai pesawat dari tempat kejadian.

Sehingga berita ini ditulis siasatan masih dilakukan oleh kakitangan DCA.

Naib Presiden dan Pengarah AXA Insurance Singapore Private Limited, William Tay tiba di Hospital Seremban hari ini bagi mengesahkan mayat Patrick Dutrey yang juga Pengarah Serantau AXA, sebuah syarikat insurans Perancis.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.