saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/02/1999

Drama Idaman II dalam pembikinan

DRAMA bersiri Idaman yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria menampilkan muka-muka baru selain pelakon-pelakon asalnya untuk musim kedua yang akan disiarkan bermula 2 Mac ini.

Kehadiran pelakon baru yang tidak ada pada musim lalu sebagai usaha untuk memantapkan drama bersiri ini. Musim kedua ini akan dibuat sebanyak 156 episod.

Idaman yang diterbitkan oleh Antah UTV Sdn.Bhd. yang berjaya menarik minat penonton Astro dengan penampilan cara hidup golongan elit di Kuala Lumpur.

Pengurus Publisiti dan Promosi Astro Ria, Hanim Hassan berkata, drama bersiri itu berkonsepkan soap opera barat seperti Dallas, Dynasty dan Bold And Beautiful.

''Para penonton perlu mengetahui kisah selanjut drama tersebut dengan mengikuti episod demi episod. Sementara menanti siaran Idaman 11 pada 2 Mac, kami telah mengulang tayang Idaman musim pertama untuk peminat,'' jelas Hanim.

Idaman 11 diarahkan oleh tiga pengarah iaitu Roslan Hussein, Arief Karmahani dan Syed Azidi. Skrip drama tersebut disediakan oleh panel skrip Antah UTV Sdn.Bhd. yang diketuai oleh Mira Mohamad.

Antara para pelakon yang menjayakan drama tersebut ialah Jalaluddin Hassan, Deanna Yusuf, Aida Rahim, Emilia Rosenaida, Norman Hakim, Sharifah Shahirah, Ochee, Azean Irdawaty, Zaidi Omar, Badrul Muhayat dan Janet Khoo.

Arief Karmahani berkata, penggambaran untuk drama itu akan dijalankan sehingga bulan Ogos depan.

Setakat ini, penggambarannya telah siap untuk 30 episod dan seperti drama bersiri lain, panel skrip sntiasa menyediakan cerita-cerita semasa serta melihat kepada keperluan serta perkembangan watak.

''Drama Idaman juga ada ciri-ciri soap opera dan kami tidak boleh menyediakan jalan cerita dan skrip untuk 156 episod sekaligus,'' ujarnya.

Dia memberitahu, seperti Idaman musim pertama, Idaman 11 juga menjalani penggambaran sehingga 30 episod dan pelakon diberi cuti rehat beberapa ketika sebelum menjalani penggambaran untuk 30 episod lagi.

Menurutnya, walaupun drama itu mempunyai tiga pengarah tetapi mereka dapat menjalankan kerja dengan mudah dan sentiasa bergilir-gilir mengarah untuk babak di studio, lokasi luar ataupun membuat kerja penyuntingan.

''Bagi penggunaan set di studio pula, kami akan menghabiskan seberapa banyak babak yang melibatkan penggunaan sesuatu set sebelum membuat set lain,'' ujar Arief.

Menurut Arief, hampir 70 peratus penggambaran dibuat di dalam studio Antah UTV dan selebihnya di lokasi luar.

Drama Idaman mengisahkan bagaimana golongan yang dikelilingi kemewahan turut dibelenggu masalah manakala orang biasa pula berhadapan dengan pelbagai senario yang di luar jangkaan mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.