saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/03/1999

Impression... tidak kecewa sekiranya gagal


NORMAN HAKIM.


BUKAN mudah untuk bergelar seorang penyanyi. Personaliti dan populariti sahaja tidak mencukupi untuk bergelar penyanyi yang mempunyai bakat dan kelebihan vokal tersendiri.

Zaman sekarang bukanlah masanya untuk mencuri identiti atau terikut-ikut gaya dan cara nyanyian para penyanyi sedia ada.

Pendatang baru dunia senisuara harus keluar daripada kepompong dan identiti orang lain agar nama mereka akan terus melekat di hati peminat.

Artis muda Norman Hakim yang terlebih dahulu dikenali sebagai model dan pelakon telah membuat beberapa persediaan awal sebelum muncul sebagai penyanyi.

Norman menandatangani kontrak menjadi artis Sony Music dan menubuhkan kumpulan Impression. Selain Norman, kumpulan tersebut dianggotai oleh pelakon Eizlan Yusuf dan Sani Salleh.

''Kami akui pelakon seperti kami ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat.

''Barangkali disebabkan kami ini berasal dari dunia lakonan, daya tarikan untuk peminat melihat kemampuan kami dalam bidang nyanyian agak tinggi.

''Perkara ini sudah menjadi lumrah dan kami juga tidak akan kecewa dan berkecil hati jika peminat merasakan kami tidak layak bergelar penyanyi,'' akui Norman berterus-terang.

Namun begitu, Norman juga yakin pihak Sony Music tidak akan mengambil mereka sebagai penyanyi rakaman jika benar-benar tidak mampu menyanyi.

Sambungnya lagi, sebagai seorang artis, tidak menjadi kesalahan jika mereka mencuba pelbagai bidang dalam cabang-cabang seni.

Menyanyi juga perlu bagi seorang pelakon kerana mereka bakal muncul sebagai pelakon serba boleh kerana tidak perlu menggunakan suara penyanyi atau orang lain untuk menyanyi dalam drama atau filem.

''Saya fikir tindakan menubuhkan Impression bukanlah untuk merosakkan karier kami sebagai pelakon seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Saya, Eizlan dan Sani mahu membuktikan kami mampu menjadi model, pelakon dan penyanyi kerana dalam dunia seni, seboleh-bolehnya kami sudah ada pakej yang berguna untuk karier kami,'' jelas Norman.

Sekalipun banyak suara yang mempertikaikan kemampuan Impression sebagai penyanyi, tetapi Norman menganggap dakwaan itu adalah sesuatu yang tidak adil.

''Macam mana mereka membuat andaian sebegitu sedangkan album kami masih belum berada di pasaran. Sebuah lagu hari raya yang dimuatkan dalam album terbitan Sony Music baru-baru ini juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peminat kami.

Lagu tersebut tidak sama dengan lagu yang bakal kami muatkan di dalam album. Saya sedang giat berlatih vokal dengan Siti Hajar dan sekurang-kurangnya seminggu sekali saya perlu hadir di kelas vokal,'' kata Norman.

Norman juga telah menimba pengalaman menyanyi lagu Hilang Kau Hilang Segala secara berduet dengan Maizurah kerana menggantikan Awie sewaktu mengadakan promosi filem Nafas Cinta, baru-baru ini. Disebabkan Awie sibuk dengan urusan perkahwinannya, Norman telah menggantikan Awie.

''Saya rasa itu adalah pengalaman baru bagi saya. Sebelum muncul menyanyi, saya memang berlatih bersungguh-sungguh dengan Siti Hajar. Alhamdulillah, saya mendapat maklumbalas yang baik daripada peminat sewaktu menyanyi lagu tersebut,'' jelas Norman.

Walaupun sedang sibuk membuat persediaan untuk merakamkan album bersama kumpulan Impression, Norman tidak ketinggalan menerima tawaran berlakon drama dan sedang mempertimbangkan tiga tawaran berlakon filem yang diterimanya. - Oleh: ROZI ABDUL RAZAK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.