saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/03/1999

1,112 terima anugerah, pingat

SHAH ALAM 12 Mac - Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani mengetuai senarai 1,112 penerima darjah kebesaran, bintang, watikah pelantikan dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-73 esok.

Beliau dianugerahi darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang membawa gelaran Datuk Seri bersama-sama seorang pesara, Lt. Kol (B) Abdul Rahman Tan Sri Mohd. Yatim (ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah).

Bagi darjah kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) kelas pertama yang juga membawa gelaran Datuk Seri dianugerahi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Onn Ismail, Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Saleh Sulong dan pengerusi sebuah syarikat, Datuk Seri Dr. Kok Mew Shoon.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Ibrahim Ali adalah antara 17 penerima darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk dan Datin Paduka bagi wanita.

Antara penerima lain ialah Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Samsudin Osman, Mohd. Fahmi Ibrahim, Tan Hua Choon, Raja Zulkifli Raja Borhan atau Tunku Zulkifli Tunku Borhan, Rahmat Abu Bakar, Datuk Halim Mohammad dan Ab. Halim Mohyiddin.

Darjah kebesaran Datuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) yang juga membawa gelaran Datuk dianugerahi kepada 53 orang antaranya ialah wakil rakyat Meru, Jaei Ismail, wakil rakyat Sabak, Raja Ideris Raja Ahmad, Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pengurusan), Amir Sharifuddin Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Othman Mohd. Rijal

Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Mahfodz Mohamed, Ahmadi Asnawi, Mohamad Adzib Mohd. Isa, Karim Marzuki, Asaha Abong, Datuk Mariman Mohd. Taib, Datuk Dr. Sabree Salleh, Dr. Ahmad Shukor Mohd. Noor, Prof. Firdaus Abdullah, Juma'ah Moktar, Mohamad Shafie, Yusof, Ibrahim, Sulaiman Samat, Sahlan Sidik, Omardin Mawaidin, Shaary atau Abdullah Suny, Ir. Mohd. Nasir Datuk Abu Mansor, Kenneth Soh York Beng, Lai Kok Kun, Teo, Chiang Liang, Abu Kassim Tadin dan seorang ahli perniagaan, Mohamad Hasan.

Bagi darjah Setia Mahkota Selangor (SMS) kelas ketiga pula dianugerahi kepada 27 orang penerima, darjah Setia- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSA) pula dianugerahi kepada 34 penerima, 63 orang menerima darjah Ahli Mahkota Selangor (AMS)..

Ketua Penyunting Utusan Malaysia, Matmor Bachik pula di antara 73 penerima darjah kebesaran Ahli Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (ASA) kelas keempat.

Seramai 28 orang menerima watikah pelantikan Jaksa Pendamai (JP) dan di antara mereka ialah wakil rakyat Sungai Renggam, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, dan Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd. (NST), Ahmad Abd. Talib .

Jurugambar Utusan Melayu cawangan Klang, Zakaria Nor juga adalah di antara penerima pingat PJK.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.