saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/03/1999

KRU teruskan konsert

KEMELUT baru melanda KRU apabila gambar lucah yang didakwa membabitkan anggotanya, Edry tersebar luas di internet, tidak mengugat persediaan kumpulan itu untuk beraksi pada konsert jelajah KRU, Jammin' The Nation yang bermula pada 20 Mac ini.

Bagi KRU yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry, pengalaman banyak mengajar mereka untuk bersikap lebih dewasa serta mengetepikan masalah peribadi dengan kerjaya.

''Tahun lalu kami juga berhadapan dengan kontroversi sewaktu hendak mengadakan Konsert KRU Megatour'97 dan terpaksa mengambil masa menyelesaikannya dengan pihak atasan termasuk ahli politik.

''Bagi kami, perkara yang remeh seperti fitnah yang tersebar di internet itu tidak perlu difikirkan sangat kerana kami mempunyai agenda yang lebih besar dalam konsert jelajah itu nanti,'' tegas Norman, abang sulung kepada tiga beradik itu.

Menurut Norman, konsert Jammin' The Nation yang dibawa oleh Pepsi merupakan konsert bersiri terbaru dan terbesar yang akan diadakan oleh KRU pada tahun ini. Ia juga merupakan sebahagian daripada kempen Muzik Pepsi.

Jelasnya, konsert tersebut dinamakan Jammin' The Nation kerana ia bersesuaian dengan album Inggeris KRU yang sedang hangat di pasaran iaitu The Way We Jam.

Sebelum ini, KRU telah muncul dalam beberapa konsert seperti Rekrued Rap Tour (1993), Awas da' Concert (1995) dan KRU Megatour (1997).

Ujar Norman, konsert tersebut akan diadakan bukan sahaja di negara ini, tetapi KRU turut mengadakan siri promosi di negara-negara Asia seperti Korea Selatan, Thailand, Filipina, Dubai dan Indonesia.

KRU akan mengadakan konsert jelajah mereka bermula di Majlis Bandaraya Johor Bahru (20 Mac), Sekolah Menengah Pei Fong, Melaka (3 April), Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang (24 April), Stadium Indera Mahkota, Kuantan, Pahang (1 Mei), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur (8 Mei) dan Harbour Pavilion, Singapura (28 Mei).

''Kami akan menyampaikan lagu-lagu daripada album Inggeris terbaru, tetapi tidak melupakan juga lagu-lagu daripada album terdahulu seperti Fanatik, Fobia dan banyak lagi.

Selain itu KRU juga akan menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka yang dinyanyikan oleh penyanyi lain seperti lagu Aku dendangan Ella dan Ceritera nyanyian Zainal Abidin.

Tambah Norman, mereka akan menggunakan sistem bunyi 'turbo sound' dan sistem lampu 'Martin Products' daripada DB Lumens yang merupakan salah satu syarikat sistem bunyi dan lampu terbaik di negara ini.

Norman memberitahu lagi, tiket-tiket boleh didapati dua hari sebelum konsert bermula di pintu masuk tempat persembahan.

Peminat yang membuat panggilan ke Radio Era menerusi saluran promosi khas juga berpeluang untuk memenangi pas konsert di samping cakera padat KRU.

Oleh: ROZI RAZAK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.