saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 15/03/1999

Menembak Sukma 2000 -- P. Pinang sasar 15 pingat emas

SKUAD menembak Pulau Pinang meletakkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya 15 daripada 24 pingat emas yang ditawarkan dalam acara menembak Sukan Malaysia (Sukma) 2000, lapor ZAINU'L AZHAR ASH'ARI.

Pengurus skuad menembak Sukma 2000, Jamil Ahmad Murad, berkata, sasaran tersebut berdasarkan kepada persiapan rapi yang dijalankan oleh penembak Pulau Pinang sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, antaranya, penembak akan didedahkan dengan enam kejohanan menembak untuk menimba pengalaman sebelum menyertai Sukma pada Mei tahun depan.

''Selain latihan tiga hingga empat kali seminggu, penembak akan menyertai enam kejohanan termasuk di lapang sasar luar Pulau Pinang seperti Perak dan Kuala Lumpur.

''Mereka (penembak) juga akan menjalani tiga latihan pusat yang akan diadakan di luar Pulau Pinang, berkemungkinan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (Lisram),'' kata beliau semalam.

Beliau berkata, matlamat mengadakan latihan pusat di luar Pulau Pinang ialah untuk mendedahkan penembak kepada suasana berbeza daripada lapang sasar yang pernah mereka gunakan.

''Ini dapat meningkatkan pengalaman kepada mereka supaya sentiasa bersedia untuk bertanding, tidak kira di mana sekalipun lapang sasar,'' kata beliau.

Jamil menjelaskan, setakat ini, seramai 29 penembak yang kesemuanya pelajar menjalani latihan di Lapang Sasar, di kawasan Kebun Bunga Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kata beliau, daripada jumlah 29 penembak itu, hanya 15 hingga 18 penembak akan dipilih untuk mewakili Pulau Pinang berdasarkan prestasi sepanjang latihan dan kejohanan yang disertai.

''Daripada mereka yang menjalani latihan, dua atau tiga penembak mempunyai pengalaman menyertai Sukma kerana pernah mewakili Pulau Pinang dalam temasya berkenaan ,di Selangor pada 1998,'' tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.