saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/03/1999

Zarith kembali selepas tujuh tahun

Lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara pernah mempopularkan bekas vokalis kumpulan Mega, Zarith. Menerusi lagu itu dia muncul sebagai salah seorang penyanyi yang digilai ramai peminat terutamanya golongan remaja.

Bagaimanapun populariti yang diraihnya bersama kumpulan Mega itu tidak berjaya menyekat hasrat Zarith untuk muncul secara solo.

Lantas ketika Mega terkapai-kapai mencari penyanyi baru, Zarith muncul bersama album solo pertamanya namun tidak mendapat sambutan.

Nasib tidak menyebelahinya dan Zarith terpaksa melupakan dunia nyanyian buat seketika dan memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai arkitek di sebuah syarikat pembinaan.

Setelah sekian lama menyepi, kini Zarith muncul kembali dengan album solo keduanya yang dijangka akan berada di pasaran pada awal Mei depan.

Ketika ditemui baru-baru ini, dia menjelaskan keinginannya untuk muncul semula menemui peminat akhirnya tercapai melalui album terbaru ini.

''Walaupun lebih tujuh tahun berhenti menyanyi dan pernah membuat keputusan untuk terus melupakan bidang seni, saya rasa ada sesuatu kekurangan dalam diri saya.

''Saya cuba lupakan terus zaman popular bersama Mega. Tetapi tidak boleh bohong diri sendiri. Walaupun saya cuba sibukkan diri dengan kerja sebagai arkitek tetapi saya tidak boleh lupa kepada menyanyi,'' jelas bapa kepada dua anak ini.

Album terbaru ini diterbitkan oleh syarikat milik Zarith sendiri, Vesta Evolusi dan turut menampilkan lagu-lagu terbaik pencipta popular lain seperti M. Nasir, Ija Medicine dan Yusri.

Menurut Zarith, kembali dengan album baru bukanlah satu tugas yang mudah baginya kerana citarasa penggemar muzik tempatan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Bagaimanapun menurutnya, dia berusah untuk memberi yang paling baik melalui album ini agar penampilan semulanya tidak dilihat sekadar untuk melepaskan batuk ditangga sahaja.

''Saya berharap album ini dapat memberikan sesuatu kepada peminat,'' ujarnya.

Dia menegaskan, album ini dibuat dengan teliti dan kerana itu juga dia yakin bahawa album ini mampu dipasarkan dengan baik walaupun hanya sebahagian sahaja peminat yang masih mengenalinya.

Album yang dalam proses adunan ini menampilkan beberapa lagu yang dijangka mendapat perhatian ramai antaranya Kesumat Rindu dan Bayu Savana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.