saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/04/1999

Ziana Zain... lancar album bersama ribuan peminat


ZIANA ZAIN dengan aksi tersendiri.


BARANGKALI tidak banyak peminat berpeluang menyaksikan majlis pelancaran album seseorang penyanyi.

Lazimnya, majlis seumpama itu diadakan secara tertutup di hotel-hotel terkemuka yang hanya dihadiri oleh pihak media, penerbit, wakil syarikat rakaman dan segelintir peminat bertuah.

Penyanyi popular Ziana Zain mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk memuaskan hati para peminatnya.

Sabtu lalu, penyanyi itu memberi kesempatan kepada ribuan peminatnya untuk hadir ke Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain yang mana majlis pelancaran album terbarunya turut diadakan.

''Di samping dapat menonton konsert saya, peminat juga dapat melihat bagaimana majlis pelancaran album dibuat. Walaupun ia diadakan agak meriah kerana memilih Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tetapi saya fikir ia mampu memberi peluang kepada lebih ramai peminat saya untuk hadir,'' jelas Ziana.

Pada konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, Dewan Merdeka PWTC penuh sesak dan ada di antara peminat Ziana yang terpaksa duduk di atas tangga.

Katanya, dia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh para peminatnya.

Turut hadir pada konsert itu ialah penerbit dan pencipta lagu album terbaru Ziana Zain seperti Adnan Abu Hassan, Ly, Azmeer dan Johari Teh. Rakan-rakan artis yang datang menonton antaranya ialah penyanyi baru Nouri, Nanu dan juga Azwan Ali.

Persembahan Ziana pada malam itu telah diiringi oleh empat pemuzik iaitu Ramli M.S., Samad (Lefthanded), Bong dan juga Gary.

Dua penyanyi latar dan empat penari pengiring mengiringi persembahan Ziana pada malam itu.

Sebelum Ziana muncul, para penonton terlebih dahulu dihiburkan dengan penayangan klip video Puncak Kasih.

Selepas itu, Ziana muncul menyampaikan lagu pertamanya yang berirama rancak iaitu Satu Detik dan diikuti lagu terbaru berjudul Kesuma Hati serta seterusnya lagu yang pernah mempopularkan namanya iaitu Satu Persatu dan Puncak Kasih.

Para peminat juga berpeluang menonton klip video terbaru Ziana berjudul Syurga Di Hati Kita.

Agak menarik Ziana sendiri belum menonton klip video tersebut.

Penyanyi itu turut menyampaikan lagu berentak joget iaitu Kalau Mencari teman dan tiga lagu terbarunya berjudul Penawar Semalu, Ada Suara Ada Cinta dan Syurga Di Hati Kita.

Persembahan Ziana pada malam itu menampakkan beberapa perubahan ketara berbanding konsert solo penyanyi itu sebelum ini.

Ternyata Ziana lebih bijak berinteraksi tanpa terikat dengan skrip dan lagu persembahannya.

Persembahan Ziana kali ini cukup menghiburkan walaupun adakalanya suara Ziana tenggelam timbul. Persembahan mantap Ziana menutup sedikit sebanyak kelemahan tersebut.

Konsert Zon Perlindungan itu ditaja khas oleh syampu Head N' Shoulders, di mana Ziana merupakan model kepada iklan syampu tersebut.

Rata-rata peminat yang hadir menonton konsert dan majlis pelancaran album Ziana merupakan pembeli syampu berjenama itu yang dibuat tukaran dua tiket percuma di kedai-kedai yang dipilih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.