saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/04/1999

Anugerah Industri Muzik... satu pengiktirafan kepada warga seni

MALAM kemuncak Anugerah Industri Muzik 1999 (AIM) yang berlangsung penuh meriah Sabtu lalu memberi pengiktirafan kepada kerja seni penggiatnya.

Seperti biasa, walaupun tanpa hadiah wang tunai disogokkan, namun kesemua pemenang menganggap trofi yang dikurniakan sebagai penghargaan buat mereka selepas menghasilkan sesuatu untuk seni negara.

Malam tersebut menjadi medan kepada para artis untuk menyalurkan mesej utama kepada pembeli kaset agar menjauhkan diri daripada memiliki album cetak rompak.

AIM '99 yang berlangsung penuh meriah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu juga sekali lagi mengangkat nama penyanyi muda Siti Nurhaliza.

Album Adiwarna yang dihasilkan tahun lalu muncul sebagai Album Terbaik, Album Pop Terbaik, di samping dia sendiri dinobatkan Persembahan Vokal Terbaik Wanita.

''Saya menganggap anugerah-anugerah tersebut sebagai bonus kepada kerjaya saya,'' kata Siti Nurhaliza mengenai kemenangannya selepas acara itu.

Malah, katanya, kemenangan tersebut memberi satu tanggungjawab untuknya menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

Siti yang memenangi kategori Artis Baru Terbaik dua tahun lalu mengetepikan penyanyi Aishah, Liza Hanim, Fauziah Latiff dan Noraniza Idris untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik.

Kemenangan Siti itu sebagai satu hadiah kepadanya setelah gagal memenangi kategori Album Pop Terbaik dan Vokal Terbaik, tahun lalu.

Anuar Zain yang mengenepikan penyanyi popular Jamal Abdillah, Hattan, Zamani Slam dan Saleem tidak menjangka memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Lelaki.

Namun, penyanyi yang pernah muncul dengan album kanak-kanak sekitar tahun 80-an itu berharap, kemenangan tersebut memberi peluang kepadanya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang muzik.

''Anugerah tersebut sebagai penggerak kepada kerja saya,'' kata Anuar yang turut memenangi anugerah Penyanyi Baru Terbaik Lelaki.

Pasangan penyanyi suami isteri Ajai dan Nurul yang mendapat anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu ciptaan mereka, melahirkan rasa puas hati terhadap kemenangan mereka.

''Terlalu banyak dugaan untuk saya ketika menghasilkan album ini dan kemenangan tersebut menjadi sesuatu yang amat bermakna,'' kata Nurul.

Mereka juga menjadikan kemenangan tersebut sebagai pemangkin memandangkan mereka bakal muncul dengan album duet selepas ini.

Penyanyi Noraniza Idris amat berbangga dengan pemilihan albumnya Masyhur memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik.

Pemilihan tersebut membuatkan saya akan bekerja lebih keras untuk mengangkat lagu berteraskan budaya kita,'' kata Noraniza lagi.

Kumpulan nasyid Raihan yang memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik berkumpulan dan Album Nasyid Terbaik berjaya mengekalkan pencapaian mereka tahun lalu.

''Kemenangan ini untuk kesemua kumpulan nasyid yang menghasilkan lagu-lagu memberi nasihat kepada pendengar,'' ujar mereka.

Kumpulan KRU yang terpilih menerima Anugerah Kembara kerana berjaya memasarkan album mereka ke beberapa negara Asia menganggap anugerah tersebut setimpal dengan pencapaian mereka.

''Kejayaan album tersebut di luar negara memberi peluang kepada penyanyi lain untuk mengikutinya,'' ujar anggota kumpulan itu.

Sementara itu, malam gilang-gemilang itu juga turut dihiasi dengan nyanyian Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, M.Nasir, Kris Dayanti, Scorpions, Khatijah Ibrahim, Camelia dan banyak lagi.

AIM '99 dihoskan oleh pengacara Afdlin Shauki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.