saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/04/1999

Rozita Izlyn semakin berubah


ROZITA... terpaksa berkorban rambut yang panjang.


SEBELUM ini ramai yang mengenali Rozita lzlyn sebagai seorang penyanyi remaja yang sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana.

Baik dari solekan mahupun pakaian yang dikenakan, jelas personalitinya menggambarkan dia kurang mengambil berat soal penampilan diri.

Lantaran itu, apabila menatap wajah terbarunya menerusi gambar yang dikirimkan oleh pegawai perhubungannya Faizul tempoh hari, Pancaindera sendiri terkejut melihat perubahan ketara yang berlaku pada Rozita.

Penyanyi yang mula dikenali ramai menerusi lagu Dunia Kita Berbeza ini nyata semakin anggun. Solekan yang dikenakan oleh jurumekap Nurul kepadanya serta rambut yang digunting pendek menampakkan dia semakin elegant.

Malah ramai antara teman-teman wartawan sendiri yang sama sekali tidak menyangka Rozita kini semakin berubah.

Ketika ditanya pandangan yang disuarakan oleh banyak pihak kepadanya, Rozita memberitahu dia menyedari bahawasanya penampilan dirinya selama ini sering mendapat perhatian media dan peminat-peminatnya.

Menurutnya, berdasarkan daripada tindak balas yang diperolehinya, banyak pihak yang mengkritik imej serta penampilannya yang dahulu.

"Bertitik-tolak dari situ, Rozita sedar ada sesuatu yang perlu diperbaiki pada diri ini, kerana Rozita sedar penampilan diri merupakan elemen utama yang diambil kira oleh masyarakat,'' ujarnya jujur.

Sehubungan itu, pengurusan baru syarikat rakaman yang dinaunginya iaitu NSR Record menyuarakan hasrat mereka untuk mengubah imej dan penampilannya, dan dia sendiri menerimanya dengan hati yang terbuka.

Menurut Rozita, peluang tersebut bagaikan pucuk dicita ulam mendatang buatnya kerana selama ini dia merasakan tidak ada pihak yang mengambil berat soal imej serta personalitinya.

"Biar terpaksa berkorban rambut yang panjang, namun Rozita rasakan itu adalah salah satu daripada pengorbanan yang penting untuk kepentingan dan masa depan Rozita dalam dunia seni,'' katanya yang juga merupakan penuntut pengajian muzik di Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam, Selangor.

Katanya lagi, dia berharap penampilan baru yang dilakukan ke atasnya akan memberikan satu semangat baru untuk para peminat seni terus menyokong pembabitannya.

Menurutnya lagi, imej baru yang digayakan juga seolah-olah menyuntik satu semangat baru buatnya untuk terus menemui peminat menerusi album terbarunya yang bakal menemui peminat seni tanah air pada pertengahan bulan Mei ini.

Menerusi album terbitan beberapa komposer terkenal seperti Adnan Abu Hassan, Saari Amri, Eddie Hamid dan Belle, Rozita turut menjangka akan mengubah masa depannya dalam dunia nyanyian.

"Rozita berharap album terbaru ini akan membuatkan rezeki semakin murah dan seterusnya mampu untuk mengekalkan nama di persada seni tanah air,'' katanya penuh harapan.

Antara lagu yang dijangka 'meletup' dalam album ini ialah Berbalam Cintaku ciptaan Adnan Abu Hassan, Siang Ku Merindu Malam Ku Menunggu, Di Rindu-Rindu Merindu (Eddie Hamid) dan banyak lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.