saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/04/1999

Dayang Nurfaizah gilap nama di Asia


DAYANG NURFAIZAH.


Penyanyi baru Dayang Nurfaizah dianggap bertuah kerana syarikat rakaman BMG Music menyediakan pelbagai rancangan untuk menggilap masa depannya dalam muzik.

Walaupun bakal muncul dengan album sulung Mei ini, Dayang Nurfaizah bangga kerana syarikat rakaman itu merancang mempromosikan namanya ke negara-negara di Asia.

Lagu I Believe I Can Fly yang pernah dirakam oleh R. Kelly turut dimuatkan di dalam album sulung terbitan Adnan Abu Hassan itu.

Sebagai penyanyi baru, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh syarikat rakaman antarabangsa itu untuk mempromosikan namanya ke Asia adalah suatu yang cukup berharga.

Menurut Pengarah A&R Bahagian Melayu, BMG, Adnan Abu Hassan, pihak BMG di Australia berminat untuk memasarkan single lagu itu di sana.

Kemungkinan besar lagu tersebut dimuatkan di dalam album kompilasi yang memuatkan artis-artis BMG yang menghasilkan album Inggeris untuk pasaran Asia.

Dayang Nurfaizah juga akan diperkenalkan kepada wakil BMG di dalam satu pertemuan Pengarah-Pengarah Urusan Pengarah Urusan BMG yang akan diadakan di negara ini pada 13 Mei depan.

''Dengan perancangan itu kami harap dapat mencipta nama Dayang Nurfaizah sebagai seorang penyanyi yang popular di negara luar selain pasaran tempatan,''jelas Adnan lagi.

Dayang Nurfaizah juga bertuah kerana bernaung di bawah syarikat bertaraf antarabangsa kerana mempunyai peluang yang besar untuk meneroka negara luar, ujar Adnan lagi.

Sementara itu Dayang Nurfaizah sendiri berjanji akan bekerja keras setelah mengetahui perancangan yang besar daripada pihak BMG untuk membentuk masa depannya.

''Saya akan pertingkatkan usaha untuk mencapai hasrat yang telah diletakkan oleh BMG kepada saya,''katanya dalam sidang akhbar di pejabat BMG, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Adnan, usaha memuatkan lagu Inggeris di dalam album tersebut dilakukan memandangkan pihaknya sedar keupayaan penyanyi yang berasal dari Sarawak itu untuk menyanyikannya.

Album Dayang Nurfaizah yang bergelar juara dalam pertandingan Golden Teen Search 1997 anjuran RTM itu akan dipasarkan 7 Mei depan.

Kini dua buah lagunya iaitu Hakikat Cinta dan Kembalilah Sayang telah dimainkan di stesen-stesen radio sebagai promosi awal sebelum album tersebut berada dipasaran.

Adnan yang sinonim dengan lagu-lagu Siti Nurhaliza dan Liza Hanim itu mengakui suara anak didik barunya itu amat berbeza dengan suara kedua penyanyi tersebut.

Malah kata Adnan, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk menggilap bakat Dayang Nurfaizah sebelum bersedia menerbitkan album.

Album tersebut memuatkan lagu terbaik ciptaan Adnan, Hakikat Cinta dan juga sebuah lagu ciptaan Adam Ahmad berjudul Hasrat Nurani.

Lagu-lagu lain yang menguji keupayaan vokal penyanyi berusia 18 tahun itu ialah Kembalilah Sayang, Cerita Cinta, Sekeping Kad Merah, Rindu dan beberapa lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.