saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 24/04/1999

Cara mengelak plagiat

Setelah bahan maklumat terkumpul hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di perpustakaan dan sumber elektronik, kini pelajar bersedia untuk menulis kertas kerja mereka.

Pembacaan latar belakang dapat membantu pelajar untuk menentukan tajuk kecil kepada topik-topik mereka yang bermula dari pengenalan, hingga kesimpulan dan senarai rujukan yang dinamakan bibliografi.

Apabila pelajar memfokuskan dari satu tajuk kecil yang lain maka ia akan memudahkan mereka mengumpul maklumat daripada koleksi bahan yang berbagai.

Yang utama bagi mereka ialah memastikan kertas kerja yang akan dihasilkan itu mempunyai mutu akademik yang bukan sahaja tinggi tetapi mengikut piawaian, prosedur dan etika sebagai kertas kerja akademik.

Pelajar perlu menghasilkan kertas kerja yang asal tetapi diperkukuhkan dengan pandangan, penemuan, data dan maklumat daripada pengarang yang terkemuka dalam bidang masing-masing.

Pertama, apa yang ditulis perlulah merupakan idea dan perkataan penulis sendiri, hasil daripada pemahaman mereka tentang subjek tertentu dan maklumat yang dibaca.

Semasa pengumpulan maklumat, data dan perangkaan diolah serta dikumpulkan untuk menyediakan satu kerja yang baik dan aspek yang diutamakan ialah mendokumentasikan maklumat yang dirujuk dengan sempurna.

Ini kerana kertas kerja yang baik bukan sekadar pengumpulan maklumat semata-mata, tetapi termasuk penemuan dan perkongsian penemuan tersebut.

Pertama, penulis akan mencari fakta serta pendapat dan seterusnya ia akan dianalisis dibandingkan, dikelas, perhalusi dan dinilai sehingga dapat dipakejkan menjadi satu penilaian akademik yang bermutu.

Pendokumentasian boleh diertikan sebagai peraturan melaksanakan penyelidikan yang betul dengan cara mengaplikasikan format atau peraturan mengikut piawaian penulisan kertas kerja akademik.

Ini dilakukan dengan cara menyediakan catatan kaki dan senarai rujukan atau bibliografi.

Pendokumentasian dimestikan kerana ia dapat mengelakkan plagiat. Penulisan kertas kerja memerlukan penulis mengiktiraf sumber maklumat, idea dan kenyataan yang diambil daripada pengarang.

Semua ringkasan kenyataan dan petikan yang didokumentasikan dengan membuat catatan kaki atau catatan hujung akan mengelakkan plagiat yang sering berlaku di kalangan pelajar.

Plagiat merupakan tindakan menggunakan perkataan dan idea seseorang tanpa mendokumentasikan sumbernya.

Dalam hal ini, penulis dianggap menciplak idea atau perkataan tersebut kerana tidak memberitahu sumbernya. Perbuatan plagiat ini dianggap sebagai mencuri sumber dan amat ditegah. Ada dua jenis plagiat iaitu:

* Yang disengajakan, iaitu kertas penyelidikan orang lain dan menukar kepada nama sendiri, membeli kertas penyelidikan daripada sumber komersial atau individu, meniru data, penemuan, ayat dan bab-bab daripada artikel dan buku serta memasukkan ke dalam kertas kerja penulis tanpa mendokumenkannya. Hasil tugasan ini biasanya diberi 'F' dan adakalanya diberikan tindakan disiplin.

* Tidak disengajakan kerana penulis mungkin cuai atau tidak tahu peraturan ini. Ini akan menyebabkan penurunan gred tetapi faktor ini sukar diterima kerana setiap pelajar diharapkan mengetahui kaedah penyelidikan dan protokolnya.

Plagiat, sama seperti penipuan dalam peperiksaan merupakan kesalahan akademik yang amat serius dan boleh disingkirkan daripada kursus tersebut atau universiti. Ini kerana plagiat melibatkan soal moral dan adalah tidak etika untuk menipu daripada dimensi kerja akademik dan intelektual.

Adakah penulis perlu mendokumen segala maklumat yang dirujuk daripada bahan artikel atau buku?

Jawapannya tidak. Pengetahuan yang dianggap pengetahuan umum ataupun maklumat umum tidak perlu didokumen. Contohnya, fakta dan data umum, seperti tahun kemerdekaan dan bilangan kumpulan etnik di Malaysia.

Maklumat yang perlu didokumenkan ialah perkara yang boleh dipertikaikan, unik dan maklumat yang telah berkembang atas peredaran masa dan perkembangan baru. Jika pelajar menggunakan maklumat spekulasi, ayat lengkap, atau rangka tertentu daripada sumber-sumber tertentu, pelajar diwajibkan untuk mendokumentasikannya dengan jelas.

Untuk menulis kertas atau membaca artikel, pelajar perlu mengetahui tentang cara pendokumentasian utama yang diamalkan oleh penyelidik.

Penulis perlu mengikuti satu cara dengan selarasnya. Terdapat tiga sebab mengapa catatan kaki atau catatan hujung diperlukan dalam penulisan kertas akademik atau projek:

* Untuk memberi pengiktirafan sumber yang dipinjam dan digunakan.

* Untuk mengiktiraf sumber maklumat yang dipetik dan mempunyai kemusykilan atau ingin mengkaji dengan lebih lanjut

* Untuk memasukkan komen penerangan yang mungkin tidak selari jika dimasukkan dalam teks kertas kerja.

Lokasi catatan ini boleh ditempatkan, sama ada di bahagian bawah muka surat, dipanggil catatan kaki atau di bahagian hujung kertas, sebelum senarai bibliografi. Beberapa perkara perlu diambil kira semasa mendokumentasikan maklumat:

* Adalah perlu menggunakan kaedah pendokumentasian yang jelas dan mudah

* Format pendokumentasian berbeza mengikut cara yang digunakan dan yang dicadangkan oleh pensyarah

* Jika pensyarah tidak mencadangkan mana-mana cara pendokumentasian, gunakan cara yang paling mudah secara kosisten.

Yang demikian, kerja yang didokumentasikan dengan betul dianggap baik, tetapi kerja yang sama tanpa pendokumentasian dianggap, bukan sahaja tidak baik tetapi juga kerja plagiat yang boleh diambil tindakan disiplin.

Sebagai kesimpulan, dalam menghasilkan kerja akademik, pelajar perlu mengelakkan daripada mengamalkan plagiat. Ia dapat dilakukan dengan cara menyediakan catatan kaki bagi idea yang dipinjam, menyediakan tanda kurungan bagi petikan terus dan menyediakan senarai rujukan di hujung penulisan bagi segala sumber maklumat yang digunakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.