saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/05/1999

Budak kacamata muncul dengan album kedua


BUDAK KACAMATA... berazam melakukan yang terbaik untuk peminat.


LAGU Cinta Tak Perlu Dipaksa berjaya menaikkan nama kumpulan Budak Kacamata (BKM) di kalangan peminat muzik pada tahun 1997. Namun ketika nama mereka mula menjadi sebutan ramai, kumpulan tersebut terpaksa berehat sementara. Ini kerana masalah kesihatan yang dialami oleh vokalis kumpulan tersebut iaitu Zack.

Biar apa pun BKM tetap tidak berputus asa. Kini setelah beberapa lama 'hilang' BKM muncul kembali bersama Zack sebagai (vokalis), Ajak (bass), Farouk (gitar) dan Razak (deram) dengan album kedua mereka iaitu Terima Kasih Sayang. Berbeza daripada album sulung mereka, Terima Kasih Sayang lebih istimewa untuk BKM dan mereka juga berharap peminat mereka juga begitu.

Apa yang paling istimewa tentang album tersebut, mereka turut menghasilkan empat daripada 10 lagu untuk album itu.

Selain itu, mereka juga menggunakan khidmat penerbit terkenal tanah air seperti Eddie Hamid, To'ki, Adinda Amiro, Man Toba dan banyak lagi. "Kami memberi jaminan bahawa lagu-lagu dalam album kali ini semuanya lebih sedap,'' beritahu Zack.

Menurut Zack, walaupun pembikinan album itu tertangguh hampir setahun kerana masalah kesihatan yang dialaminya namun kini dia benar-benar berpuas hati dengan album itu.

"Saya mempercayai bahawa apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Tetapi kini saya menganggap semuanya sudah berakhir dan kesihatan saya bertambah baik. Jadi saya boleh menumpukan perhatian terhadap kumpulan ini.

"Saya juga berterima kasih dengan anggota kumpulan yang berupaya memberi komitmen terbaik walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah saya itu,'' jelas Zack.

Zack memberitahu, kini mereka merancang untuk menjalankan promosi secara intensif.

Album sulung mereka sebelum ini berjaya mencatat jualan lebih 20,000 unit dan bagi kumpulan baru seperti mereka, BKM menganggap ia satu pencapaian yang membanggakan.

Untuk album kedua ini, BKM berharap album itu mampu mencapai jualan lebih baik.

"Ia bukan bermakna sekadar keuntungan yang kami harapkan tetapi apa yang lebih penting ialah penampilan kami diterima oleh ramai peminat. Begitu juga kami berharap lebih ramai yang menggemari muzik-muzik kami,'' demikian harapan Zack.

Oleh kerana keempat anak muda tersebut mempunyai pekerjaan mereka sendiri di luar bidang muzik, jadi mereka perlu bijak menyusun jadual untuk mencapai kejayaan yang diharapkan itu.

"Selain menyanyi, kami mempunyai kerjaya masing-masing. Jadi masa kami untuk muzik agak terhad tetapi kami tetap ingin melakukan yang terbaik,'' tambah Zack.

Buat masa ini mereka belum berhasrat untuk membabitkan diri dalam dunia muzik secara sepenuh masa.

"Selagi termampu kami akan terus begini. Kami semua belum bercadang untuk meninggalkan pekerjaan tetap kami,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.