saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/05/1999

Akakpo hampakan Bujang

JARINGAN tunggal penyerang import Brunei, Patron Akakpo pada minit ke-86 memastikan Brunei berjaya mengalahkan Sarawak 1-0 pada pusingan kedua Liga Perdana Satu di Stadium Sarawak, Petra Jayam malam tadi, lapor ANUAR ARIFFIN.

Kejayaan itu sekaligus menebus kekalahan pasukan pelawat kepada skuad Bujang Senang 1-3 di Stadium Barakas, minggu lalu.

Gol pemusnah itu berpunca daripada kecuaian penjaga gol, Mazlan Wahed yang gagal menangkap bola dengan kemas sehingga membolehkan Akakpo menolak bola masuk dengan mudah.

Dengan kemenangan ini bermakna Brunei berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Sarawak di gelanggang sendiri musim ini.

Kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan yang berhati- hati dan kelihatan agak hambar pada separuh masa pertama.

Pasukan pelawat yang turun dengan azam untuk menebus kehampaan nyata lebih bersemangat melakukan gerakan tetapi berjaya dipintas oleh barisan pertahanan tuan rumah.

Namun begitu, beraksi di gelanggang sendiri dan mendapat sokongan penyokong tempatan, skuad Bujang Senang terlebih dahulu mencipta ancaman awal.

Sarawak hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-10 berikutan kesilapan penjaga gol pasukan lawan, Yunus Yusof yang gagal menangkap dengan kemas bola sepakan bebas dari Zaidel Sakup.

Bagaimanapun, Bobby Pian yang berada pada posisi yang tidak tepat gagal menerjah bola masuk ke dalam jaring yang sudah terbuka.

Tiga minit selepas itu, Brunei bertindak balas tetapi percubaan Patron Akakpo terus ke dakapan penjaga gawang tuan rumah, Mazlan Wahed.

Anak-anak didik Jalil Rambli tidak berputus asa dan gigih untuk memecahkan kekebalan benteng pertahan lawan yang diterajui oleh Rosli Liman, Liew Chuan Fue dan Awangku Salahuddin Pengiran Damit.

Dua percubaan terbaik yang diperoleh ketua pasukan, Mohd. Ali Sapiee minit ke-19 dan Ramles Sari, empat minit kemudian melencong daripada sasaran.

Ramles Sari juga turut memiliki kesempatan untuk menghasilkan jaringan tetapi tandukannya hasil dari hantaran lintang Roslan Ismail minit ke-30 melepasi tiang gol.

Pemain kedua-dua pasukan saling bertidak balas pada separuh masa kedua dan permainan bertukar rentak yang lebih bertenaga.

Bobby Pian mepersiakan peluang terbaik minit ke-57 untuk meletakkan Sarawak di hadapan tetapi rembatannya melepasi palang gol.

Tiga minit kemudian, sepakan Dahlan Matussin dalam suasana kelam kabut di depan pintu gol Brunei terkena tiang gol dan dirembat keluar oleh pemain lawan.

Sarawak begitu bersemangat melakukan asakan demi asakan tetapi Bobby dan Ramles mensia-siakan banyak peluang yang datang kepada mereka.

SARAWAK: Mazlan Wahed, Zaidel Sakup, Dahalan Matussin, Roslan Ismail, Mohd. Ali Sapiee, Mohd. Nazri Yunos, Bobby Pian, Ramos Sari, Ramles Sari, Bobby Chua, Abang Zafari Abang Othman.

BRUNEI: Mohd. Yunus Yusof, Liew Chuan Fue, Rosli Liman, Awangku Salahuddin Pengiran Damit, Irwan Mohamad, Rosaidi Mohd. Kamis (Nordin Tuhoh), Abang Norsillmy Abang Taha, Mohd. Ali Momin, Azmanuddin Gilen, Zannon Farouk AlHassan, Raphael Patron Akakpo.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.