saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/05/1999

Azman disenaraikan -- 43 pemain bakal pikul tugas negara


AZMAN ADNAN kembali dalam skuad negara selepas dua tahun tidak dipanggil.


BEKAS penyerang sensasi negara, Azman Adnan, yang disisihkan daripada skuad bola sepak kebangsaan sejak Sukan SEA 1997 Jakarta dua tahun lalu, kembali menyarung jersi kebangsaan selepas namanya disenaraikan dalam skuad baru yang diumumkan semalam.

Bekas bintang Selangor itu yang kini beraksi dengan Pulau Pinang dalam Liga Malaysia, dipilih bersama-sama 42 lagi pemain bagi memikul tugas negara terutama perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana England, Arsenal pada 19 Mei ini di Kuala Lumpur.

Selain pemain berusia 28 tahun itu, penyerang Selangor Rusdi Suparman, Wan Rohaimi Wan Ismail dari Pahang dan penyerang muda Cheah Kean Seang (Kedah).

Jurulatih skuad negara, Abdul Rahman Ibrahim ketika mengumumkan barisan baru skuad negara itu berkata, pemilihan 43 pemain itu dibuat berdasarkan persembahan terkini masing-masing dalam kempen Liga Malaysia.

''Barisan ini adalah adunan antara pemain lama dan baru dan mereka dipilih berdasarkan prestasi baik selepas tamat pusingan pertama Liga Perdana selain pengalaman pemain itu sendiri.

''Saya anggap mereka adalah yang terbaik dan mampu menghasilkan keputusan yang terbaik,'' kata Abdul Rahman dalam sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurut jurulatih itu, kriteria lain pemilihan berdasarkan kekerapan diturunkan selaku kesebelasan utama pasukan negeri masing-masing sepanjang musim lepas dan musim ini.

Azman tidak berada dalam senarai pasukan kebangsaan sejak pasukan negara dibubarkan selepas aib yang diterima di Jakarta dua tahun lalu.

Prestasi Azman dalam Liga Malaysia musim ini amat memberangsangkan apabila menjaringkan tujuh gol daripada 10 perlawanan untuk membantu Pulau Pinang menerajui Liga Perdana Satu.

Turut berada dalam senarai kali ini ialah perancang utama Perak, Azrul Amri Burhan selain pemain lama dalam skuad kebangsaan, B. Rajinikandh, Ahmad Shahrudin Rosdi, Yusri Che Lah, Anuar Jusoh, Syamsul Amri Abu Bakar dan Zami Mohd. Nor.

Penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Aziz masih disenaraikan tetapi Abdul Rahman turut memanggil penjaga gol Pulau Pinang, Azlisham Ibrahim dan Mudzar Mohamad dari Pahang.

Bagaimanapun pemain Selangor, K. Sanbagamaran dan Faizal Zainal dari Negeri Sembilan tidak berada dalam senarai Abdul Rahman kali ini.

Begitu pun, jumlah itu akan dikurangkan untuk satu-satu kejohanan atau pertandingan sebelum pasukan 22 pemain dibentuk untuk temasya Sukan SEA XX di Brunei, Ogos ini.

''Semua pemain diminta melaporkan diri di FAM pada 12 Mei ini untuk latihan pusat. Kita mungkin akan mengadakan sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan sebelum menentang Arsenal,'' kata jurulatih itu.

Selain menentang Arsenal, pasukan yang kini bertakhta di persada Liga Perdana England, skuad negara bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan New Zealand di Kuala Lumpur pada 1 dan 3 Julai, lawatan ke Uzbekistan pada 7-14 Julai dan menentang Singapura pada 22 Julai sebelum mengharungi Sukan SEA Brunei.

''Kita harap selepas mengharungi semua perlawanan persahabatan itu, kita mempunyai pasukan teras yang kemungkinan terdiri daripada tiga perempat pemain senior dan satu perempat junior untuk Sukan SEA di Brunei, Ogos ini,'' kata Abdul Rahman.

SENARAI PEMAIN
Penjaga gol:
Azlisham Ibrahim (Pulau Pinang), Azmin Azram Aziz (Negeri Sembilan), Mudzar Mohamad (Pahang).

Pertahanan: V. Thinagaran (Pulau Pinang), Abdul Ghani Malek (Terengganu), Syamsul Amri Abu Bakar (Selangor), Mohd. Ali Tahar (Pahang), Azmil Azali (Johor), Adrien Jurad Chamrong (Kedah), Moey Kok Hong (Pulau Pinang).

Tengah: Nazri Yunos (Sarawak), Anuar Jusoh (Terengganu), Chan Wing Hoong (Perak), Asmawi Bakiri (Pulau Pinang), Zami Mohd. Nora (Negeri Sembilan), M. Elangoo (Negeri Sembilan), B. Rajinikandh (Negeri Sembilan), Ahmad Shahruddin Rosdi (Pahang), Yusri Che Lah (Perlis), Idris Karim (Johor), Azrul Amri Burhan (Perak), Rizal Sukiman (Johor), Yap Wai Loon (Sabah), Ahmad Shahrul Azhar Sofian (Negeri Sembilan).

Penyerang: Azman Adnan (Pulau Pinang), Rusdi Suparman (Selangor), Wan Rohaimi Wan Ismail (Pahang), Cheah Kean Seng (Kedah).

Pemain simpanan: Amirul Zain Ismail, Lim Chan Yew (Selangor), M. Karunakaran, Azali Mat Jusoh, Mohd. Farid Dewan, G. Muthu (Kuala Lumpur), Rezal Zambery Yahya (Johor), Mohd. Hamzani Omar (Johor FC), Mohd. Hairul Nizam (Pahang), Rizal Awang Jad (Sabah), Ahmad Zalghafari Manaf, Rafiz Abu Bakar (Kedah), Sri Jaafar A. Rahman (Melaka).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.