saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 18/05/1999

190,000 guru naik gaji -- * Kenaikan sehingga RM365 * sijil perguruan setaraf diploma

KUALA LUMPUR 17 Mei - Sebanyak 190,000 guru berkelulusan sijil perguruan akan menikmati kenaikan gaji baru yang setaraf diploma antara RM100 hingga RM365 sebulan, mulai 1 Julai ini.

Dengan kenaikan ini, bermakna gaji minimum bagi semua guru lepasan maktab selepas Julai ini ialah RM917 berbanding RM552 sebulan sebelum ini.

Turut dinaikkan juga ialah gaji maksimum guru-guru berkenaan yang sebelum ini RM1,835 kepada RM1,930.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan 'berita gembira' itu sehari selepas Hari Guru ketika berucap pada majlis Perjumpaan Khas dengan guru-guru Wilayah Persekutuan di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelarasan gaji baru itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM147 juta dan kenaikan ini telah dipersetujui oleh kabinet baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kenaikan gaji baru itu adalah bagi guru-guru yang disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurang tiga tahun.

Sebelum ini, isu kenaikan gaji untuk kategori guru tersebut telah kerap kali dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK).

Antara lain alasan KPPK untuk mendapat kenaikan gaji setimpal dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi, terutamanya di bandar-bandar.

Mengulas lanjut, Najib berkata, serentak dengan pelarasan gaji itu, guru-guru daripada gred DG6 juga akan dinaikkan secara automatik kepada gred DGA6.

Beliau berkata, walaupun kenaikan gaji baru bermula 1 Julai, tetapi terdapat beberapa perkara yang masih lagi dibincangkan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kesatuan-kesatuan guru.

Dalam hal ini, beliau berkata, kedua-dua pihak sudah berada di peringkat akhir perbincangan sebelum kenaikan gaji itu dilaksanakan.

''Kabinet sudah meluluskan pelarasan gaji baru.

Ada beberapa perkara penting yang masih dalam rundingan terutamanya kaedah pelaksanaan pelarasan.

''Begitu pun perkara ini akan diselesaikan segera sebelum tarikh pelaksanaan pelarasan gaji baru itu pada 1 Julai ini,'' tambah Menteri itu.

Sementara itu, kata Najib, Malaysia akan mengambil bahagian dalam TIMM Report kerana ia sejajar dengan usaha untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan sistem kita lebih telus.

Katanya, kajian itu untuk mata pelajaran Matematik dan Sains melibatkan pelajar-pelajar terpilih dari kawasan bandar dan luar bandar.

''Ini adalah pertama kali kita mengambil bahagian dalam kajian yang dianjurkan oleh kolej di Boston, Amerika Syarikat khusus untuk pelajar-pelajar sekolah di antara usia 14 dan 15 tahun,'' katanya.

Jelas beliau lagi, kajian itu akan dibentangkan pada November ini melibatkan penyertaan 70 buah negara di seluruh dunia.

''Wajar bagi kita menyertai kajian ini bertujuan untuk mengetahui kedudukan sebenar taraf sistem pendidikan kita,'' katanya.

Oleh: AMRAN MULUP

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.