saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 25/05/1999

PERANAN TABUNG HAJI KINI LEBIH MENCABAR

Memasuki alaf baru yang akan datang beberapa bulan lagi, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) pastinya akan memainkan peranan lebih mencabar bagi menghadapi perkembangan pesat tamadun yang serba maju terutama sebagai ejen mempertingkatkan taraf kemajuan di kalangan umat Islam negara ini.

Tugas Tabung Haji bukan lagi sebagaimana yang ada pada masa kini iaitu menggembleng tabungan di kalangan umat Islam yang mahu mengumpul wang untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji di Mekah, tetapi turut membantu mengembangkan kedudukan ekonomi mereka keseluruhannya di samping berperanan menjaga keselamatan ekonominya daripada terhakis oleh perkembangan semasa. Peranan lebih luas itu telah pun bermula apabila dana yang dikumpulkan telah digunakan untuk membantu negara memulihkan ekonomi daripada kemelesetan sejak kebelakangan ini.

Orang ramai kini tidak lagi menganggap Tabung Haji sebagai pengurus kepada hal ehwal pemergian umat Islam menunai haji semata-mata tetapi lebih daripada itu, iaitu sebagai pengurus pelaburan yang cekap bagi meningkatkan modal umat Islam dengan melaburkannya ke dalam sektor halal lagi menguntungkan.

Lembaga itu telah terbukti meyakinkan para pendeposit dengan pulangan pelaburan tinggi dan berjaya mengelakkannya daripada menerima kesan buruk atau terjejas oleh kegawatan ekonomi yang melanda negara kerana ia mempunyai pengurusan berhemah serta kaedah pelaburan bijaksana bagi setiap ringgit simpanan yang dikumpulkan.

Dengan mengadakan skop pelaburan lebih luas itu Tabung Haji secara langsung juga memberikan umat Islam pilihan alternatif bagi pelaburan jangka panjang mereka ke dalam pelbagai sektor seperti hartanah, pekilangan dan pelaburan yang menurut syariah.

Langkah untuk meminda akta lembaga itu bagi membenarkan sektor korporat menyimpan di dalam Tabung Haji seharusnya mendapat sokongan semua pihak kerana ia dijangka bukan sahaja mempertingkatkan pengumpulan modal umat Islam tetapi juga mengukuhkan peluang bagi Tabung Haji melabur dalam industri lebih besar seperti pengangkutan, perhubungan dan infrastruktur di masa depan. Sehingga kini Tabung Haji telah berjaya meyakinkan penyimpan individu seramai 3.5 juta dengan jumlah simpanan terkumpul kira-kira RM3 bilion. Pengenalan syarat pengeluaran simpanan bila-bila masa dan buku akaun simpanan baru-baru ini sudah tentu meningkatkan jumlah penyimpannya.

Dana yang lebih besar itu nanti akan menjadikan Tabung Haji lebih kukuh, berupaya menceburi dunia perniagaan di peringkat antarabangsa dan seterusnya mengubahkan peranannya daripada sebagai badan yang mengumpulkan simpanan bagi mereka yang hendak menunaikan haji kepada menjadi sebuah agensi pelaburan Islam yang global lagi mencabar.

Pengurusan yang cekap yang diamalkan oleh Tabung Haji yang membolehkannya mendapat keuntungan memuaskan diperoleh sepanjang sejarah penubuhannya sudah tentu meyakinkan sektor korporat untuk menyimpan di lembaga itu apabila langkah membenarkan mereka menyimpan di dalamnya diluluskan.

Bagaimanapun, kita berharap simpanan yang diletakkan oleh sektor korporat itu hendaklah dalam bentuk simpanan jangka panjang dan bukan simpanan biasa sebagaimana para individu dalam lembaga itu yang boleh dikeluarkan bila-bila masa. Ini adalah bagi menjamin tabungan oleh sektor korporat itu benar-benar dapat dimanfaatkan bagi pelaburan jangka panjang Tabung Haji.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.