saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/05/1999

Spekulasi burukkan KM -- Ada pihak sengaja sebar fitnah saya disiasat BPR - Abu Zahar

MELAKA 26 Mei - Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin mendakwa terdapat pihak tertentu di negeri ini yang mempunyai agenda tersendiri menyebarkan desas-desus bahawa beliau telah disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung cadangan penswastaan Perbadanan Air Melaka (PAM).

''Mereka sengaja membuat spekulasi buruk terhadap saya kerana ada agenda-agenda tertentu dengan sengaja mengada-adakan benda yang tidak ada,'' katanya.

Abu Zahar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin semalam bahawa agensi itu tidak menyoal siasat beliau berhubung cadangan penswastaan PAM.

Kenyataan Ahmad Zaki mengesahkan penafian Abu Zahar sendiri Jumaat lalu berhubung soal siasat tersebut.

Ketua Menteri itu ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau pada mulanya enggan mengulas mengenai pengesahan Ahmad Zaki tetapi kemudian berkata, beliau tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu.

Menurutnya, beliau telah pun memberikan komen mengenai isu itu minggu lalu.

''Kalau Ketua Pengarah BPR sudah cakap begitu (bahawa saya tidak disiasat), begitulah. Saya tidak ada apa-apa hendak komen lagi,'' katanya.

Abu Zahar tidak menafikan mungkin beliau ada berjumpa dengan Pengarah BPR Melaka tetapi pertemuan itu adalah secara tidak rasmi dan bukan bertujuan menyoal siasat.

''Sebagai Ketua Menteri, kalau ketua jabatan hendak jumpa saya, takkan saya tak nak salam dengan mereka. Kemudian orang nampak, mereka buat spekulasi sendiri,'' katanya.

Mengenai cadangan penswastaan PAM yang tertangguh hampir dua tahun, Abu Zahar menjelaskan beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru dalam hal itu.

Beliau menambah: ''Saya perlu mengkaji implikasi dan kronologi berkaitan dengan projek penswastaan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.''

Menurut Ketua Menteri, beliau hanya meneruskan dasar kerajaan kerana cadangan penswastaan PAM telah pun dirancang oleh Ketua Menteri terdahulu iaitu sebelum beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negeri kira-kira dua tahun lalu.

Abu Zahar menegaskan, kajian teliti perlu dibuat bagi menjaga kepentingan penduduk negeri ini.

''Projek itu melibatkan kepentingan orang ramai maka saya terpaksa mengambil tindakan yang sesuai untuk menjaga kepentingan orang ramai dan pentadbiran kerajaan.''

Tahun lalu sebuah syarikat, Gibca Holdings Sdn. Bhd. mendakwa syarikat itu sepatutnya menandatangani perjanjian mengenai projek penswastaan PAM dengan kerajaan negeri pada hujung bulan Mei 1997.

Bagaimanapun, majlis menandatangani perjanjian itu tertangguh berikutan kematian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Zin Abdul Ghani pada 14 Mei 1997.

Selepas Abu Zahar mengambil alih pucuk pimpinan negeri, projek penswastaan PAM terpaksa dikaji semula. Sehingga kini kerajaan negeri masih belum memutuskan syarikat yang akan dilantik melaksanakan projek berkenaan.

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.