saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/05/1999

Ameng setia bersama Spring


AMENG (dua dari kiri) bersama Spring.


Apabila hanya penyanyi utama yang lebih dikenali dan diminati ramai, kemungkinan untuk penyanyi terbabit meninggalkan rakan-rakan yang lain untuk muncul sebagai penyanyi solo adalah lebih besar.

Bagaimanapun bagi kumpulan Spring, populariti yang diraih oleh penyanyi utama mereka, Ameng tidak menjejaskan perjalanan kumpulan itu.

Malahan ia banyak membawa keuntungan kepada Spring sehingga mampu untuk terus bertahan sehingga ke hari ini.

Spring ditubuhkan sejak sepuluh tahun lalu dan dalam jangka masa itu tidak ada sebarang masalah besar berlaku yang boleh menjejaskan keakraban antara anggota kumpulan ini.

Sebaliknya populariti yang diraih Ameng sebagai penyanyi utama diterima oleh rakan-rakan lain tanpa sebarang rasa cemburu.

Perhubungan yang erat dan sikap saling percaya menyebabkan kumpulan ini muncul sebagai satu-satunya kumpulan yang mampu bertahan hampir sedekad lamanya bersama penyanyi yang sama.

''Syukur kerana kami mampu berada di tahap ini. Perjuangan untuk meletakkan Spring di tempat teratas bukan daripada saya seorang sebaliknya se luruh anggota kumpulan ini.

''Sekurang-kurangnya kami boleh membuktikan bahawa kami serius dengan bidang muzik. Kami mampu mencari rezeki melalui bidang ini,'' jelas Ameng.

Sementara itu bagi anggota-anggota lain, populariti yang diraih oleh Ameng tidak menjejaskan perjalanan Spring.

Sebaliknya jelas mereka, popularitinya banyak membantu melariskan album kumpulan ini setiap kali berada di pasaran.

''Ameng membawa nama Spring. Ke mana sahaja dia pergi, apa yang dia buat, memberi impak kepada kami sebagai sebuah kumpulan.

Setakat ini kami berbangga kerana dia masih setia bersama Spring dan kami berharap kerjasama ini akan berlarutan sampai bila-bila,'' kata Iskandar.

Kumpulan ini baru sahaja melancarkan album baru berjudul Galeri Spring.

Ini merupakan album kompilasi ketiga kumpulan ini. Sebelum ini Spring pernah melahirkan dua buah album kompilasi iaitu Pujaan Gemilang Spring dan Balada Gemilang Rakaman Akustik dan berjaya terjual melebihi 100,000 unit di pasaran.

Galeri Spring memuatkan 14 buah lagu popular mereka yang diambil daripada album Jujur, Spring 5, Luahan dan Kerana Budi.

Dua buah lagu baru turut dimuatkan di dalam album ini iaitu Inginku Takluki Hatimu (A.Ali/Azam Dungun) dan Pesanan Buat Kekasih (Tapai/Juwie).

Antara lagu lain ialah Persada Cintaku, Romantis, Luahan, Semoga Cinta Kita Bahagia, Kerana Budi Aku Jatuh Hati, Keadaan Memaksa, Sesekali Terlupa dan Kulepaskan Kau Pergi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.