saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/06/1999

PM restui Jambatan Sungai Dinding dibina

SITIAWAN 31 Mei - Jambatan Sungai Dinding berharga RM195 juta yang tertangguh pembinaannya sebelum ini, mendapat restu Perdana Menteri untuk diteruskan selepas tertarik dengan reka bentuknya yang unik.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, projek itu apabila siap nanti akan menjadi jambatan sungai yang terpanjang serta sebagai mercu tanda terbaru di negara ini.

''Reka bentuk jambatan sepanjang 1.3 kilometer itu telah mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri sendiri yang menganggapnya paling cantik berbanding jambatan lain yang terdapat di Malaysia.

''Ia diilhamkan oleh sebuah syarikat dari United Kingdom, Robert Benaim & Associates, dengan mempunyai 13 buah gerbang menghubungkan Lumut-Damar Laut-Pantai Remis,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai tahap kemajuan pembinaan jambatan tersebut oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Datuk Ir. I. Dorairajoo di sini, hari ini.

Sehingga ini, katanya, 62 peratus pembinaan telah siap. Tetapi kerana kontraktor menghadapi masalah menanam cerucuk, ia mungkin siap sepenuhnya lewat daripada jadual yang ditetapkan.

Di samping itu kata Samy, faktor kelewatan turut dipengaruhi oleh kesukaran mengikuti reka bentuk dan kaedah binaan yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

''Tarikh siap ialah pada bulan Februari tahun depan tetapi kerana masalah itu, ia mungkin siap lewat sedikit dan kita hanya jangka dapat digunakan pada Ogos 2000,'' jelasnya.

Menurut Samy, pembinaan jambatan itu turut meliputi pembinaan jalan raya sepanjang 13 kilometer dan dua lagi jambatan kecil iaitu merentasi Sungai Sitiawan sepanjang 653 meter dan Sungai Tebuk Raja Semalon sepanjang 248 meter.

Menjawab satu soalan, beliau menegaskan, tiada tol akan dikenakan apabila jambatan itu dibuka kepada orang ramai nanti.

''Ia adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat negara ini dan sebagai jalan alternatif yang terbaik selain lebuh raya yang ada,'' tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.