saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/06/1999

Pasrah filem terbaru Yusof Haslam

Pengarah filem Yusof Haslam yakin peminat filem tempatan masih ada sekiranya mereka dihidangkan dengan filem yang mereka inginkan.

Lantaran itu Yusof tidak menjadikan alasan kegawatan ekonomi untuk mengurangkan aktiviti penerbitan filem yang menjadi tunggak perniagaannya.

Terbaru syarikat miliknya Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., akan memulakan penggambaran filem Pasrah pada 13 Jun ini.

Pasrah membariskan pelakon Erra Fazira, Norman Hakim, Rosyam Noor, Abby Abadi, Zamani Slam, Aziz Singah, Mazlan Pet Pet dan beberapa lagi.

Kejayaan filem Senario The Movie yang mencatat kutipan memberangsangkan sekarang lebih meyakinkan Yusof bahawa peminat filem Melayu di pawagam masih banyak.

''Pembikin filem haruslah tahu mengenengahkan apa kehendak penonton yang ke panggung,'' kata Yusof semasa ditemui baru-baru ini.

Menurut Yusof dia menghasilkan filem untuk dinilai oleh khalayak kerana baginya khalayak menentukan jatuh bangunnya industri perfileman.

Malah jelasnya industri perfileman akan terus bergerak selagi adanya penonton yang ingin melihat hasil yang dipersembahkan.

''Tiada gunanya kita membuat filem yang penuh dengan nilai seni sekiranya tidak ada penonton yang ingin melihatnya,''kata pengarah itu lagi.

Yusof juga berpegang pada falsafah sendiri iaitu mutu sesebuah filem bergantung kepada penafsiran setiap individu bukannya kepada sesetengah kelompok sahaja.

Dia sedar filemnya sering dikritik namun di sebalik kritikan itu dia berpuas hati kerana dapat memberi kepuasan kepada penonton yang meminati jenis filem yang dihasilkannya.

Yusof juga menolak tanggapan mengatakan Pasrah memaparkan kisah hidup Erra Fazira yang muncul sebagai pelakon utama filem tersebut.

''Secara kebetulan judul filem tersebut boleh dikaitkan dengan Erra,''kata Yusof lagi.

Pasrah mengisahkan perjalanan hidup peragawati dalam menempuhi persaingan dan konflik hidup termasuk jalinan cinta dengan lelaki pilihan.

Sebagaimana lazimnya Pasrah akan dihiasi dengan lagu lagu yang mempunyai lirik yang selari dengan jalan cerita yang dihasilkannya.

Yusof mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan skrip filem tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.