saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/06/1999

Rupa bukan pertaruhan kami -- GIM


GIM... bersedia untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan popular.


HAKIKAT yang perlu diterima oleh setiap muka baru dalam bidang seni ialah mereka seharusnya bersedia dengan pelbagai tekanan yang sukar diramalkan bentuknya.

Namun antara banyak tekanan yang akan dihadapi oleh muka baru ialah apabila mereka sering dikait dan dibandingkan dengan artis senior yang sedia ada.

Lantaran itu, apabila Pancaindera mengajukan persoalan ini kepada kumpulan baru yang menggelarkan diri mereka sebagai Girls In Music atau ringkasnya GIM, mereka tersenyum seolah-olah sudah bersedia daripada awal.

Kumpulan yang mempertaruhkan konsep muzik rancak ini mengakui, persoalan awal yang akan mereka jawab kepada pihak media ialah apakah GIM cuba untuk menandingi populariti kumpulan Elite.

Apa lagi GIM sendiri merupakan anak didik kepada salah seorang anggota kumpulan Elite iaitu Linda Rafar, yang memperjudikan bakat seni GIM menerusi syarikat produksinya, Cempa Murni Entertainment Sdn. Bhd.

GIM yang dianggotai oleh Diana, Onie, Shazlin, Tuty dan Ate yang menjawab persoalan itu memberitahu, adalah terlalu awal untuk mengatakan kemunculan GIM untuk menandingi kumpulan Elite atau kumpulan-kumpulan yang sedia ada.

Sebaliknya kelima-lima gadis remaja ini menegaskan, mereka bersedia untuk bersaing dengan mana-mana artis senior kerana kata mereka, perkara tersebut merupakan suatu perkara biasa dalam dunia seni.

''Sukar bagi kami untuk menjawab sama ada kemunculan kami untuk bersaing dengan Elite atau kumpulan-kumpulan lain kerana ia terlalu awal untuk diperkatakan.

''Namun sebagai sebuah kumpulan baru, kami berani katakan yang kami bersedia menyahut cabaran mana-mana kumpulan,'' ujar mereka penuh yakin.

Keyakinan ini, kata GIM adalah berdasarkan kepada pengalaman yang pernah mereka lalui dalam bidang seni sebelum ini sudah banyak mendedahkan mereka dengan taktik-taktik sebenar dunia seni.

Bagi Diana, namanya dalam bidang seni sudah tidak asing lagi kerana selain mempunyai pertalian darah daging dengan keluarga Rafar yang lain seperti Anita, Aliza dan Azlinda, dia juga merupakan seorang pelakon muda yang cukup berkaliber.

Sementara Tuty dan Ate masing-masing merupakan adik kepada penyanyi Iyanie dan Charlie 4U2C, manakala Shazlin pula merupakan anak kepada produser Shariff Sabari dan Onie pula pernah menimba pengalaman sebagai pelakon.

GIM bagaimanapun tidak menjadikan kedudukan dan pengalaman tersebut sebagai tiket untuk mencapai kejayaan dengan jalan pintas.

Selain itu, satu lagi perkara yang cuba dielakkan oleh kumpulan ini ialah mereka seboleh-bolehnya enggan dikatakan hanya menjual rupa dan bukannya suara.

''Kami pasti, kami juga akan ditimpa persoalan yang sama iaitu GIM hanya menjual rupa dan bukannya bakat. Bagi kami, sebelum mengambil keputusan untuk menjadi artis kami sudah menilai kelemahan diri.

''Justeru itu kami ingin tegaskan, apa yang paling utama untuk kami jual ialah bakat seni kami,'' tegas mereka sambil berikrar untuk memastikan GIM mempunyai kedudukan dan pengaruh yang luar biasa dalam dunia seni tanah air.

Kepada peminat seni yang masih belum yakin dengan kemampuan vokal mereka GIM mencadangkan supaya mereka mendapatkan album sulung GIM yang memuatkan lagu popular mereka Pertemuan Cinta edaran syarikat rakaman NSR yang kini sudah berada di pasaran muzik tempatan. - Oleh Saharudin Musthafa

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.