saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/06/1999

Zila bawa diri setelah putus cinta


ZILA... berlakon bukan kerana nak kejar dunia glamor.


SEKARANG ini pelakon dan penyanyi baru muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Mana tidaknya selepas seorang, seorang lagi muncul dengan wajah-wajah baru. Belum sempat kita kenal mesra tampil lagi seorang artis baru.

Begitu juga dengan kemunculan dramatis dan pelakon Zila Bakarin. Tapi kemunculannya benar-benar telah turut mewarnakan lagi dunia seni kita.

Baru berusia 24 tahun, berasal dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Menurut Zila, dia minat berlakon sejak kecil lagi. Tapi sejak tiga tahun kebelakangan ini baru dia berpeluang aktif sepenuh masa dalam bidang lakonan.

Menurut gadis peramah ini lagi: "Sekarang ini Zila baru saja habis penggambaran untuk drama Atirah terbitan Eurofine dan Bapa Mertuaku terbitan NHF Production.

"Zila berlakon kerana minat yang sangat mendalam. Sewaktu zaman persekolahan dulu pun Zila dah mula berlakon." katanya lagi.

Bapa Mertuaku adalah sebuah drama semi komedi yang antara para pelakonnya Aida Rahim dan Zami Ismail. Manakala Atirah pula menampilkan ramai pelakon terkenal antaranya Vanidah Imran, Rosyam Noor, Ijoi, Shidee (model dan anggota kumpulan Dead Mushroom). Kedua-dua drama ini akan disiarkan pada bulan Julai ini melalui TV1 (RTM).

"Zila berlakon bukan kerana nak kejar dunia glamor. Bukan begitu sama sekali niat Zila. Zila berlakon kerana impian dan cita-cita ini sejak dari kecil lagi. Zila tak nak glamor. Zila cuma nak berlakon aje!" demikian ujar gadis yang mudah tergelak ini.

Sejak wajah Zila tersiar dalam majalah popular Mangga keluaran Mei lalu, ramai peminat yang ingin mengetahui dan mengenali lebih lanjut tentang Zila.

Banyak panggilan telefon daripada peminat-peminat Zila yang penulis terima untuk mengetahui perkembangannya.

Zila telah berlakon lebih daripada 20 buah drama termasuk siri Gerhana Di Hati Suraya terbitan JnA Productions. Dalam drama itu dia bergabung dengan pelakon-pelakon terkenal seperti Aida Rahim, Nasir Bilal Khan, Mustafa Kamal dan Rina Khan.

Siri drama sebanyak 20 episod itu memberi peluang kepada Zila menimba ilmu dalam bidang lakonan ini dengan lebih mendalam. Apabila berpeluang berlakon di samping pelakon-pelakon terkenal sudah pasti ia memberi peluang yang sangat bererti kepada Zila.

Bercerita tentang filem pula, ingat tak para peminat dengan filem Sate?

Sebenarnya Zila turut menjayakan filem arahan Z. Lokman itu. Di situ juga Zila telah berpeluang berlakon bersama-sama dengan anggota kumpulan popular Slam. Berlakon dalam filem pertama ini memang membawa kenangan manis dalam kehidupan Zila.

Sebagai seorang gadis, Zila tak dapat elakkan dari jatuh cinta atau dicintai. Ekoran dari penggambaran filem tersebutlah, hati kecil gadis manis ini tidak mampu lagi membohongi dirinya.

Rupa-rupanya sewaktu penggambaran filem tersebut Zila telah terjatuh cinta dengan seorang jejaka tampan dan kacak yang juga dikenali ramai. Siapa jejaka itu? Mungkin anggota kumpulan Slam agaknya.

"Ya, memang Zila betul-betul cinta padanya. Yang membuatkan Zila terpikat padanya ialah bila Zila tengok matanya. Aduh ... menusuk kalbu gitu!" demikian beritahu gadis yang diminati ramai jejaka walaupun Zila sendiri sukar untuk mencintai seseorang.

Wow ... hebat betul cinta Zila tu. Umpama cinta pandang pertamalah! Dari mata turun ke hati, barulah lahir cinta sejati. Tapi satu saja katanya yang dia tak tahan sangat pada kekasihnya itu. Panas baran! Walaupun kekasihnya tu panas baran, tapi cinta Zila terhadapnya sangat mendalam.

Tapi malangnya setelah empat tahun berkasih hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka tersayang tidak kesampaian apabila masing-masing memilih haluan tersendiri. Namun mereka masih berkawan.

Walau macam mana pun menurut Zila lagi, dari pengalaman cinta itu semakin mematangkan lagi dirinya untuk melalui rona-rona kehidupan ini. Tidakkah Zila terfikir untuk jatuh cinta lagi? Sama-samalah kita tunggu perkembangannya. - Oleh NORZEHA KASBI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.