saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/06/1999

Candy mempunyai anggota baru

Jacque yang menganggotai Candy sejak dua bulan lalu kerana menggantikan Nancy, tidak sekadar mahir bermain gitar malah mampu bermain keyboard dengan baik.

Selain bermain muzik, Jacque yang sebelum ini adalah jurutera bunyi di sebuah studio di Petaling Jaya banyak melibatkan diri dengan kerja-kerja teknikal di studio rakaman.

''Ini kelebihan yang kami dapat apabila Jacque menyertai kumpulan ini. Dia boleh bermain dua alat muzik dan berpengalaman soal teknikal,'' ujar Mary salah seorang anggota Candy.

Katanya, Jacque sesuai dalam kumpulan tersebut walaupun baru sahaja menyertai Candy.

''Sikap Jacque memudahkan hubungan sesama kami kerana dia memang gemarkan muzik sejak dulu lagi,'' kata Pat, vokalis Candy. Selain Mary dan Pat, seorang lagi anggota asal Candy ialah Connie.

Bagaimanapun, mereka tidak menafikan yang Nancy dan Jacque yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan sebagai pemuzik.

Nancy sebelum ini telah menarik diri daripada kumpulan Candy secara baik atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

''Untuk album ketiga kelak, kami tidak berdepan dengan masalah kerana sudah ada Jacque untuk membantu dari segi kemantapan sistem bunyi,'' ujar Pat.

Sementara itu, Jacque pula menganggap dia cukup beruntung kerana diterima menyertai sebuah kumpulan yang sudah terkenal seperti Candy ketika kumpulan itu sedang sibuk mencari pengganti kepada Nancy.

Jacque sebelum ini adalah anggota sebuah kumpulan alternatif, The Beats yang telah berpecah tidak lama dahulu. The Beats sempat merakamkan sebuah album Inggeris.

''Saya beruntung menyertai Candy kerana mereka sendiri sudah popular dan tidak terlalu banyak memikir bagaimana untuk mencari populariti. Sebaliknya kami kini memikirkan untuk memantapkan kedudukan dalam muzik,'' ujar pemuzik berusia 23 tahun ini.

Kata Jacque, walaupun The Beats sebelum ini membawakan konsep yang berbeza dengan Candy yang tampil dengan irama rock, namun dia tidak berdepan dengan masalah.

''Semuanya berjalan dengan baik malah saya dan mereka mudah menyesuaikan diri kerana semangat kami untuk muzik,'' beritahu Jacque.

Menceritakan pengalaman lalu, Jacque berkata, dia tidak pernah terfikir yang satu hari akan menyertai kumpulan Candy biarpun telah beberapa kali menonton persembahan kumpulan itu sebelum ini.

Sebagai bukti kesesuaian mereka, Candy baru sahaja selesai mengadakan persembahan secara kontrak di sebuah kelab di Desaru selama sebulan.

Kata Mary, persembahan kumpulan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung kerana mereka tidak sekadar membawakan lagu-lagu rock tetapi juga lagu-lagu popular semasa.

Bagaimanapun Mary berkata, walaupun seronok, Candy mendapati mereka tidak begitu sesuai bermain muzik untuk tempoh yang lama di satu-satu tempat.

Oleh: NOR ASIKIN HASSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.