saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/06/1999

Fahrenheit kembali dengan Momok

Kumpulan yang dianggotai oleh empat anak muda iaitu Ary (vokal), Joel (deram), Adeq (bass) dan Bonn (gitar) itu mengakui bahawa kehilangan mereka buat sementara daripada dunia seni itu bukan kosong saja sebaliknya berisi.

Apa yang pasti, selama dua tahun kumpulan itu 'bertapa' dalam studio untuk menghasilkan album terbaru Momok itu.

Selama dua tahun itu juga, Fahrenheit bertungkus-lumus mencari bahan dan membuat pelbagai persediaan untuk memastikan kemunculan mereka semula akan lebih bermakna kepada para peminatnya.

Menurut Ary, pembikinan album tersebut lebih bermakna kepada seluruh ahli kumpulan itu memandangkan kali ini adalah kali pertama mereka turut membabitkan diri sebagai penerbit bersama di samping penerbit Haron BPR.

Bukan itu saja, Fahrenheit juga turut menyumbangkan sebanyak empat lagu ciptaan mereka sendiri untuk album itu. Kepada kumpulan tersebut, ia adalah satu perkembangan yang cukup baik.

''Sebelum ini kami cuma sumbangkan lirik saja. Tetapi kini kami sumbangkan empat lagu. Itu tentunya satu pengalaman yang cukup baik untuk kami semua.

''Bukan itu saja, kali ini kami juga membabitkan diri untuk hampir semua tugas dalam rakaman album di samping Haron BPR,'' akui Ary.

Menyentuh tentang judul Momok itu pula kata Ary, ia adalah sebagai satu gimik saja.

''Momok bermaksud menakut-nakutkan atau mempersenda-sendakan. Tetapi kami menafsirkan sebaliknya. Momok bagi kami adalah satu 'amaran' kepada peminat bahawa kami akan tampil dengan lebih baik kali ini.

''Lebih baik dari segi penampilan dan muzik kami sendiri. Kami berharap peminat akan menyukainya kerana itu adalah titik peluh kami selama dua tahun,'' harap Ary.

Fahrenheit sebelum ini muncul dengan album Cahaya Gemilang dan Hero. Seperti album sebelum ini bagi album Momok juga mereka memilih konsep hard rock. Pemilihan itu dibuat atas permintaan daripada peminat juga, kata mereka.

''Kami banyak membuat pertunjukan pentas sebelum ini dan kami percaya rentak seperti itu sesuai kepada kami. Lagipun peminat yang meminta supaya kami mengekalkan konsep itu,'' kata Joel pula.

Album Momok kini sudah berada di pasaran dan mereka menyerahkannya kepada peminat untuk menafsirkan sejauh manakah kemampuan mereka kali ini.

Momok menampilkan 10 lagu yang turut memperkenalkan ciptaan penerbit terkenal seperti JS Kevin, Haron BPR dan Fahrenheit sendiri. Antara lagu yang dijangka menyengat adalah Ana dan Menuju Garisan. Pada masa ini, bagi melariskan album tersebut Fahrenheit melakukan banyak promosi. Selain itu, Fahrenheit juga akan menghasilkan klip video lagu terbaru mereka iaitu Ana. - JAM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.