saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/06/1999

Gosip liar mahu jatuhkan imej saya - Nouri

Sama sekali saya tidak menyangka, soalan pertama yang saya ajukan kepadanya berkaitan dengan gosip liar mengatakan dia pernah bekerja sebagai GRO, rupa-rupanya membuatkan hatinya tersentak lalu menitiskan air mata.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sepenuh Hati serta Kau dan Aku itu, dia kembali tenang serta menjawab soalan dengan penuh beralas.

Dengan ditemani pengurusnya Lisa Aryanti Tahir, Nouri atau nama sebenarnya Norin Ramli berkata, selepas berdepan dengan gosip liar itu, dia mula merasakan sudah tiba masanya untuk dia berdiam diri dan tidak membuat sebarang kenyataan lagi.

Katanya, sudah cukup banyak penafian yang dibuatnya kepada beberapa akhbar tidak lama dulu, dengan harapan pihak media lain tidak akan mengajukan pertanyaan yang serupa sekali lagi.

Menurut artis kelahiran Merlimau, Melaka ini juga, dia berharap kenyataannya kepada Pancaindera ini akan menjadi kenyataan yang terakhir dan dia enggan lagi mengimbas pengalaman pahit dituduh pernah bekerja sebagai GRO.

''No more statement berkenaan dengan gosip liar itu. Nouri cuba untuk lupakan semuanya. Sama sekali Nouri tidak sangka, ada pihak yang sanggup menjatuhkan Nouri dengan cara sedemikian rupa.

''Penglibatan Nouri dalam bidang seni semata-mata untuk mencari rezeki yang halal... tetapi yang amat menyedihkan bila ada orang lain yang cuba untuk menjejaskan nama baik Nouri dengan cara yang kurang sihat. Nouri amat kesal dengan perbuatan mereka itu,'' ujarnya lagi.

Kata Nouri lagi, biarpun dia sudah beberapa kali diingatkan oleh keluarga dan rakan-rakan mengenai gosip yang bakal dihadapinya sebaik sahaja dia mengambil keputusan untuk menjadi artis, namun sama sekali dia tidak menyangka gosip yang seteruk itu dikaitkan dengannya.

''Jika setakat gosip cinta itu mungkin satu kebiasaan... tetapi ini gosip yang benar-benar mencabar maruah Nouri, sudah tentu ia sesuatu yang amat perit dan memalukan kerana ia bukan cerita benar. Semuanya karut semata-mata,'' tegasnya lagi.

Sehubungan itu, Nouri tidak menafikan sedikit sebanyak gosip tersebut telah menjejaskan reputasinya sebagai artis baru, lebih-lebih lagi selepas dia memenangi anugerah Penyanyi Baru Terbaik di malam Anugerah Industri Muzik (AIM) yang baru lalu.

Dia bagaimanapun, bernasib baik kerana mempunyai keluarga dan teman-teman yang amat memahami kedudukan sebenar serta banyak memberi sokongan moral kepadanya supaya meneruskan kariernya sebagai artis.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil untuk memulihkan kembali semangatnya selepas berdepan dengan cerita yang cuba menjejaskan nama baiknya, anak bongsu daripada lima adik-beradik ini berkata, buat masa sekarang dia lebih selesa berdiam diri.

''Tindakan itu saya rasakan lebih baik dan patut saya lakukan. Sudahlah... janganlah lagi diungkit perkara itu, suatu bebanan pula,'' pintanya kepada Pancaindera sekali lagi.

Pengalaman pahit yang berlaku pada Nouri ini sebenarnya bukanlah satu cerita baru dalam dunia seni. Sebaliknya, cerita ini sudah berulang kali berlaku dan hidup sebagai seorang celebrity menuntut setiap daripada mereka bersedia berhadapan dengannya. - DEAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.