saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/06/1999

Fazlina ada cara mewarisi bakat seni


FAZLINA AHMAD DAUD


Anak bongsu pasangan seniman Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah, Fazlina ada cara tersendiri mewarisi bakat seni yang ada pada keluarganya.

Tidak hairanlah, apabila menyebut nama Ahmad Daud atau Saadiah, peminat lebih tertumpu kepada Fauziah yang lebih menonjol berbanding dirinya.

Namun begitu Fazlina mengakui keterampilannya dalam dunia lakonan sekadar mencari kepuasan sendiri, tidak mengejar glamor dan juga sebagai penyambung warisan seni keluarganya.

Bahkan, namanya juga agak asing kepada kebanyakan penggemar seni.

Setelah lima tahun terbabit dalam dunia lakonan, Fazlina cuma muncul dalam empat buah drama sahaja.

Katanya, dia membataskan waktu itu kerana mahu memberi tumpuan pada keluarga.

''Saya rasa jumlah drama yang saya lakoni itu sudah cukup untuk memberi kepuasan kepada saya,'' katanya yang turut gembira kerana ditawarkan berlakon dalam teater Pelayaran Nur Atma.

Fazlina seterusnya memberitahu, dia tidak ghairah untuk berlakon dalam banyak drama kerana lakonan baginya bukan dianggap sebagai satu kerjaya tetapnya ataupun mencari populariti.

Bagaimanapun, pembabitannya dalam teater itu adalah sesuatu yang dianggap baru baginya.

Dia akan muncul di samping nama-nama besar dalam teater antaranya Azean Irdawaty, Norish Karman, Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli.

Teater yang diadaptasikan daripada hasil karya Sasterawan Negara Datuk Nordin Hassan berjudul Jangan Bunuh Rama-Rama itu, akan dipentaskan mulai 23 Jun hingga 31 Jun di Panggung Eksperimen, Kompleks Budaya Negara, Kuala Lumpur.

Ia adalah anjuran bersama Persatuan Penulis Wanita Malaysia, Majlis Teater Kebangsaan (Tema), Kumpulan Utusan, TV3 dan SQ Production.

Walaupun tidak serius dalam lakonan, Fazlina seterusnya berkata, dia enggan dibandingkan dengan kakaknya Fauziah dalam bidang itu.

Katanya, dia mahu dikenali kerana bakat lakonan yang dimilikinya dan bukan tempias populariti kakaknya itu.

Namun, Fazlina mengakui Fauziah juga turut membantunya dalam bidang lakonan.

''Saya berlakon sebagai seorang yang gagap dalam Pelayaran Nur Atma dan watak tersebut tidak pernah dibawa oleh Fauziah,'' katanya lagi.

Dengan kelainan watak tersebut, dia berharap peminat tidak akan membandingkan lakonan mereka. Selain mempunyai wajah iras Saadiah, Fazlina juga bertuah kerana lahir dalam keluarga seni, apatah lagi ibu bapanya mempunyai nama besar dalam dunia itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.