saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/06/1999

Adams muncul dengan gaya baru

Bagaimanapun, kini terdapat sebuah kumpulan nasyid yang dianggotai oleh remaja lelaki yang mengenakan pakaian lebih kasual.

Kumpulan yang dikenali sebagai Adams, anak didik Brother's membuat satu perubahan dengan penampilan yang agak berlainan sekali.

Selesa berpakaian kasual, Adams yang dianggotai oleh enam anak muda yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi cuba mengubah warna sebenar senario dunia muzik nasyid.

Azroul Shahrin Azmi, Shahrizal Mohamad Ross, Akbar Azmi, M. Rizal Abdul Rahman, Muhammad Ariff Yaakop dan Irwanyzam Idris bakal mencorakkan suasana baru yang tidak hanya tertumpu kepada corak penampilan mereka.

Elemen lain yang turut diubah warnanya ialah gabungan muzik moden yang disesuaikan dengan muzik Islam.

''Mungkin tidak ramai yang mampu untuk membayangkan bagaimanakah corak muzik yang kami bawa kerana ia adalah sesuatu yang bersifat baru.

''Secara rambangnya muzik itu berasaskan ciri-ciri yang dituntut oleh Islam tetapi digabungkan dengan muzik yang moden,'' terang Yassin selaku pengurus dan penerbit eksekutif album sulung Adams ini.

Menurut Yassin juga, tujuan utama pihaknya mempertaruhkan dua kelainan iaitu imej dan konsep muzik Adams adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi pasaran lagu-lagu berunsur dakwah.

Kata Yassin, berdasarkan kajian yang dilakukannya mendapati tindakan sebegini lebih memudahkan golongan pendengar muzik khususnya remaja untuk lebih berminat dan mendekati lagu-lagu dakwah.

''Tujuan Adams adalah untuk meneruskan perjuangan kumpulan nasyid yang sedia ada... namun Adams dengan cara mereka sendiri iaitu cuba 'mencuri' perhatian anak muda yang mungkin selama ini lebih selesa mendengar lagu-lagu Barat.

''Justeru, kemunculan album sulung yang menepati cita rasa golongan remaja ini akan dapat menarik perhatian mereka,'' jelas Yassin lagi.

Sementara itu, anggota kumpulan Adams pula ketika ditanya mengenai kemunculan sulung mereka sependapat dengan Yassin dan yakin perubahan yang mereka lakukan itu akan lebih membuatkan lagu-lagu berunsur dakwah mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat.

''Biarpun menanggung risiko yang tinggi namun kami yakin niat kami untuk menarik perhatian daripada semua lapisan pendengar khususnya golongan remaja dan pelajar universiti mendapat berkat daripada Allah,'' jelas Adams lagi.

Menyentuh pembaharuan itu juga Adams ingin menjelaskan, apa yang mereka lakukan tidak bermakna mereka menidakkan segala kejayaan yang telah dicapai oleh kumpulan nasyid senior sebelum ini.

''Kami banyak belajar daripada kumpulan nasyid senior dan daripada pengalaman itu kami menyuntik satu demi satu perkara baru yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan bersama,'' terang mereka lagi. - DEAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.