saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/06/1999

Konsert amal di Pasar Budaya

Kesengsaraan yang dialami oleh etnik Albania di Kosovo mengamit para artis untuk turut menghulurkan sumbangan bagi Tabung Barisan Bertindak Kosovo (BBK).

Konsert Amal Kosovo yang akan berlangsung pada 27 Jun ini di Pasar Budaya, Kuala Lumpur pukul 4 petang itu adalah bukti keprihatinan artis tempatan terhadap isu-isu kemanusiaan sejagat.

Antara artis yang akan muncul iaitu Syafinaz, Cico, kumpulan Butterfingers, Cromok dan Solution.

Pada hari tersebut, mereka akan bertemu para peminat di gerai khas EMI Malaysia selain mengadakan persembahan masing-masing.

Para peminat boleh menyumbangkan derma untuk mangsa oerang itu dengan membeli album para penyanyi tersebut dengan harga yang istimewa.

Setiap RM1 daripada album yang dibeli akan disalurkan kepada Tabung BBK.

Persembahan pada hari itu dianggap istimewa kerana menggabungkan pelbagai genre muzik daripada R&B, pop, rock, grunge dan hard rock.

Setiap artis akan menyampaikan tiga buah lagu. Syafinaz akan membawakan lagu popularnya Ingin Bersamamu manakala Cico pula tampil dengan lagu Esok Milik Kita dan Solution dengan lagu Rindu Pasti Merindu. Bagi kumpulan Butterfingers pula, mereka akan menyanyikan lagu Chemistry.

Selain itu para peminat berpeluang menyaksikan persembahan kumpulan Cromok yang selama ini begitu sukar untuk beraksi di depan khalayak. Cromok dijangka membawakan lagu-lagu daripada album terbaru mereka Mean, Meaner and Meanest.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.